Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SEKAT MUHIDDIN ?

Merugikan jika benar Muhyiddin disekat
Muhyiddin Yassin
Muhyiddin Yassin
JOHOR BAHRU - Tiada sebab untuk mana-mana sayap Umno untuk tidak menjemput Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku perasmi perhimpunan sayap parti pada Perhimpunan Agung Umno, Disember ini.

Ahli Jawatankuasa Pemuda Umno Bahagian Kulai, Taufik Abdul Patah berkata, sudah menjadi suatu kelaziman bagi perhimpunan sayap-sayap untuk menjemput Timbalan Presiden Umno untuk merasmikan perhimpunan tersebut.

"Walaupun tidak dinyatakan dalam perlembagaan bahawa Presiden atau Timbalan Presiden yang patut rasmikan, namun sudah menjadi suatu kelaziman bagi perhimpunan sayap-sayap untuk menjemput Timbalan Presiden.

"Saya rasa jika benar dakwaan bahawa Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden disekat utk merasmikan mana-mana perhimpunan sayap, ianya sesuatu yg amat merugikan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Taufik yang juga Ahli Parlimen Belia Johor berkata, tindakan itu (menghalang) hanya akan mengeruhkan lagi keadaan kerana mewujudkan persepsi negatif bukan sahaja di kalangan ahli parti, malah rakyat di luar sana.

"Jika sayap-sayap tidak mahu jemput Muhyiddin, dia tidak rugi apa-apa. Parti Umno yang akan rugi kerana ahli akan melihat ini suatu sekatan kepada mereka yang berlainan pendapat dan mereka yang bersuara.

"Jika Timbalan Presiden pun kena sekat, apa jadi pada akar umbi? Sebagai ahli parti, hierarki kepimpinan dalam organisasi wajib dihormati," katanya.

Beliau berkata, walaupun Muhyiddin tidak memegang apa-apa jawatan dalam kerajaan, Umno tidak boleh nafikan Muhyiddin selaku Timbalan Presiden iaitu orang nombor dua dalam parti.

"Saya ingin ulas berkenaan pendirian Muhyiddin dalam beberapa isu kebelakangan ini. Pendirian beliau merupakan suatu hal yang lain dan tidak harus dicampur adukkan dengan soal perasmi perhimpunan.

"Sebagai ahli parti, kita berhak menyuarakan pendapat masing-masing. Muhyiddin merupakan Timbalan Presiden, tak kan pula dia tidak boleh kata apa2?," katanya.

Jika wujud satu pemikiran atau pendirian untuk menolak Muhyiddin menjadi perasmi kerana pendiriannya dalam beberapa isu, Taufik melihat tindakan berkenaan sebagai sesuatu yang tidak masuk akal.

"Jika benar apa yang Muhyiddin buat itu mencemar imej parti, maka Lembaga Disiplin Umno akan ambil tindakan. Setakat hari ini, kita semua maklum tiada apa-apa berita daripada Lembaga Disiplin parti.

"Malah Muhyiddin tidak pernah sekali pun dipanggil untuk memperjelaskan apa-apa kepada Lembaga Disiplin.

"Jadi jangan wujudkan persepsi negatif dengan tidak menjemput Muhyiddin, kerana orang akan beranggapan beliau tidak dijemput kerana pendiriannya terhadap isu-isu yang sedang berlaku," katanya.

Beliau berkata, sayap  Pemuda Umno dan Puteri Umno yang membawa suara orang muda perlu tunjuk kepada ahli-ahli bahawa Umno mendengar suara akar umbi  dan meraikan perbezaan pendapat.

Katanya, teruskan sahaja menjemput Muhyiddin seperti biasa dan orang akan melihat bahawa Umno tidak mensisihkan mereka yang berbeza pendapat.

"Di kala sokongan orang muda terhadap parti semakin merosot, sayap-sayap perlu memikirkan perkara lebih besar terutamanya yang membabitkan hal rakyat, daripada sibuk fikir benda remeh, soal siapa harus rasmikan perhimpunan sayap-sayap.

"Memandangkan sudah menjadi kelaziman sayap-sayap menjemput Timbalan Presiden untuk perasmian, teruskan sahaja.

"Tidak perlu pening-peningkan kepala. Jika mahu buat kelainan dengan menjemput Presiden sebagai perasmi, tidak perlu buat pada perhimpunan tahun ni.. tahun-tahun lain boleh buat," katanya.

4 orang berkata:

Unknown said...

Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan.sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976, atau KLIK DISINI, insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

Anonymous said...

Pemimpin2 da tua2 sifat degil tak mahu menerima teguran satu penyakit dlm bangsa melayu kini...mereka ini tidak mahu ikutkan berfikir tetapi lebih kp ikutkan hati... apakah parti yg disajungi dan dihormati akan terkubur diatas perubatan pemimpin itu sendiri?

Unknown said...

Pemimpin2 yg ada ni,,tidak pernah teringat nak mati lagi,,,

Ibu.Karina Safah said...

PENGAKUAN SAYA BERSAMA KELUARGAKU INI BUKAN CERITA ATAU PUN REKAYASA BENER-BENER TERBUKTI SAMA SAYA.
Terima kasih sebesar-besarnya yang kami ucapkan kepada mbah warjoh yang telah memberikan keberhasilan dan keberuntungan bagi keluarga saya.berkat bantuan beliau saya sekarang sudah hidup tenang karena suamiku sudah punya usaha tambak yang luasnya sekitar 5 hektar kurang lebih. begitupun juga saya dirumah buka warung sembakau dan sekarang pun saya sekeluarga tidak di kejar-kejar hutang lagi. mulanya keluarga Kami di berikan angka gaib hasil ritual dari mbah warjoh yang sangat Jitu 100% dijamin tembus.sehingga keluarga saya sekarang merasa tenang lagi.sekali lagi terima kasih mbah jasamu dikeluarga saya tidak akan terlupakan.Jika anda butuh angka gaib hasil ritual mbah warjoh silahkan Tanyakan aja Pada mbah dinomer hp beliau di: 0851 4534 4218 atau silahkan KLIK DISINI Terima kasih

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.