Gantung Kit Siang: Sidang Dewan riuh rendah
KUALA LUMPUR - Sidang Dewan Rakyat hari ini kecoh berikutan usul
penggantungan Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang dibuat oleh
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said sejak
semalam.
Kit Siang bakal berdepan penggantungan enam bulan daripada menghadiri Dewan Rakyat dan sekiranya beliau tidak membuat permohonan maaf dan menarik balik kenyataan terhadap Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia sehingga jam 11.30 pagi ini, usul penggantungannya akan menjadi usul pertama yang akan didebatkan dalam sidang Dewan Rakyat di Parlimen, hari ini.
[Artikel Berkaitan: Kit Siang hanya ada masa hingga 11.30 pagi ini]
Kit Siang ketika dalam Dewan hari ini menjelaskan bahawa tuduhannya terhadap Pandikar dibuat secara tidak sengaja.
Sebaliknya, Ahli Parlimen DAP itu dengan marah, bangun dari kerusinya dan mencabar ahli Parlimen yang lain supaya bangun untuk menafikan kata-katanya.
"Saya tak sengaja! Tak sengaja! Mana (perkataan) yang saya sebut secara sengaja untuk tuduh Speaker?
"Siapa (ahli Parlimen) yang kata saya sengaja tuduh Speaker, bangun sekarang! Kita jumpa di court (mahkamah)!" katanya sambil mengangkat tangannya ke udara untuk beberapa ketika.
Sejurus selepas itu, Azalina yang juga Ahli Parlimen Pengerang bangun dari tempat duduknya dan membacakan usul gantung Kit Siang.
Usul tersebut disokong oleh (BN-Muar), Datuk Razali Ibrahim atas alasan mempertahankan kedudukan dan maruah Pandikar sebagai Speaker Dewan Rakyat.
0 orang berkata:
Post a Comment