Usul undi tidak percaya hanya sia-sia
KOTA BAHRU - Usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk
Seri Najib Tun Razak yang bakal dibawa PKR pada persidangan Dewan Rakyat
kali ini akan menjadi usul sia-sia kerana tiada kesepakatan antara
parti pembangkang.
Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, Pas langsung tidak dirujuk mahupun dimaklumkan oleh parti pembangkang lain berhubung rancangan membawa usul berkenaan ke Parlimen sebelum ini.
"Kalau tak ada persediaan yang baik, tiada perbincangan, tiada kata sepakat, maka usul itu akan jadi usul biasa sahajalah. Sebab itu usul ini tak boleh buat main-main macam tu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Sambutan Jubli Perak 25 tahun pemerintahan Pas di Kelantan di Stadium Sultan Muhammad ke-IV di sini, malam tadi.
Semalam, Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian daripada PKR dipetik sebagai berkata bahawa beliau akan menarik balik hasrat membawa usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri untuk memberi laluan kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail membawa usul sama.
Bagaimanapun, Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia membayangkan usul itu tidak mungkin dapat diterima untuk dibahas pada sesi kali ini kerana setiap usul harus dikemukakan dalam tempoh 14 hari sebelum persidangan Dewan Rakyat bermula.
Ditanya mengenai formula pembahagian kerusi yang dicadangkan DAP dalam kalangan parti pembangkang sebelum ini, Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata Pas tidak lagi terikat dengan parti itu selepas masing-masing memutuskan hubungan politik dalam pakatan pembangkang sebelum ini.
Malah, katanya Pas sedang mengkaji untuk meletakkan calon bukan Islam yang bernaung di bawah Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) untuk bertanding di kerusi DAP pada pilihan raya umum akan datang.
"Kami akan bertanding (tambah kerusi) dan mungkin kerusi-kerusi DAP pun yang kami rasa ada potensi, kami akan letak calon DHPP untuk bertanding.
"Kami sedang buat kajian dan kami sedang mengumpulkan maklumat kawasan mana yang berpotensi namun perkara itu masih belum dimuktamadkan lagi," katanya.
Pengerusi DAP, Lim Kit Siang sebelum ini mencadangkan Pas bertanding di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis manakala Parti Amanah Negara (Amanah) pula bertanding di negeri lain yang tertakluk atas persetujuan parti pembangkang lain. - Bernama

0 orang berkata:
Post a Comment