Pas: Amanah terpaksa bergantung kepada DAP
Mohd Khairuddin
KUALA LUMPUR - Pas tidak hairan sekiranya Parti Amanah Negara (Amanah)
terus mengangkat nama Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng kerana parti
itu didakwa sudah sedia maklum telah mengikut telunjuk DAP.
Ahli Parlimen Kuala Nerus dari Pas, Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali At- Takiri berkata, oleh yang demikian Amanah tidak perlu 'malu-malu' untuk menonjolkan pendirian sebenar mereka.
"Pertama saya nampak memang parti serpihan Pas ini menjadi pengikut kepada DAP, kerjanya mempromosi DAP dan memang tidak peliklah apabila saudara Salahuddin pun mempromosi Lim Guan Eng," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub yang berkata Guan Eng adalah contoh tokoh politik mewakili masyarakat bukan Islam yang mampu menyelamatkan negara.
Salahuddin berkata, Guan Eng adalah contoh mewakili orang bukan Islam kerana mempunyai integriti.
Susulan daripada itu, Mohd Khairuddin meminta supaya orang Islam berhati-hati dengan permainan politik yang dilihat membelakangkan perjuangan Islam.
"Dalam kaedah Islam, kita (Pas) ada prinsip, kekuasaan dan penguasaan mestilah didominasi oleh orang Islam, barulah kita menolak idea (Baru Bian) sebagai Ketua Menteri (sebelum ini).
"Sebab dia bercanggah dengan Islam, tidak boleh kita jatuhkan seorang pemimpin Islam walaupun dia tidak mengikut Islam sepenuhnya digantikan dengan Ketua Menteri yang bukan Islam.
"Kaedah Islam ialah mesti difahami bahawa Pas tidak akan memainkan isu ini, jadi inilah yang membezakan kita dengan parti-parti lain" jelasnya.
Beliau berkata, Amanah sudah mula akur kelemahan parti itu yang tidak mempunyai jaminan untuk menang di dalam pilihan raya akan datang.
Beliau turut memberitahu pimpinan Amanah bukanlah pilihan yang tepat untuk orang Islam memberi undi kepada mereka.
"Itu lemah semangat maknanya (apabila mereka kata mereka tidak akan menang dalam pilihan raya akan datang), kita sebagai orang politik perlu kuat semangat dan tidak boleh lemah semangat.
"Jadi saya merasakan bahawa mereka tidak ada sokongan, saya sebutkan di sini contohnya macam PKR yang begitu lama dalam politik pembangkang yang lebih 10 tahun pun tidak mempunyai sokongan yang kuat di peringkat akar umbi, jadi apakan lagi dengan serpihan Pas ini," katanya lagi.
1 orang berkata:
PENGAKUAN SAYA BERSAMA KELUARGAKU INI BUKAN CERITA ATAU PUN REKAYASA BENER-BENER TERBUKTI SAMA SAYA.
Terima kasih sebesar-besarnya yang kami ucapkan kepada mbah warjoh yang telah memberikan keberhasilan dan keberuntungan bagi keluarga saya.berkat bantuan beliau saya sekarang sudah hidup tenang karena suamiku sudah punya usaha tambak yang luasnya sekitar 5 hektar kurang lebih. begitupun juga saya dirumah buka warung sembakau dan sekarang pun saya sekeluarga tidak di kejar-kejar hutang lagi. mulanya keluarga Kami di berikan angka gaib hasil ritual dari mbah warjoh yang sangat Jitu 100% dijamin tembus.sehingga keluarga saya sekarang merasa tenang lagi.sekali lagi terima kasih mbah jasamu dikeluarga saya tidak akan terlupakan.Jika anda butuh angka gaib hasil ritual mbah warjoh silahkan Tanyakan aja Pada mbah dinomer hp beliau di: 0851 4534 4218 atau silahkan KLIK DISINI Terima kasih
Post a Comment