Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KU LI DIANTARA AHLI UMNO BERMASALAH ?

Tujuh ahli Umno b'masalah: Ku Li serah pada takdir

Tengku Razaleigh Hamzah
 
 
Ahli Parlimen Gua Musang, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah ditemui media di perkarangan Parlimen, hari ini. - Foto Sinar Harian oleh ROSLI TALIB
 
KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah sedia menerima apa jua kemungkinan sekiranya tergolong antara tujuh ahli Umno yang dikatakan bermasalah dan bakal dikenakan tindakan.

Menurut pemimpin veteran Umno itu, beliau sedia menghadapi segala kemungkinan termasuk sekiranya digantung keahlian.

“Saya sedia untuk menghadapi apa sahaja kemungkinan. Saya sudah berada di dalam parti lebih lama dari orang lain dan sudah menjadi ahli parlimen yang lebih lama dari sesiapapun,” katanya ketika ditemui pemberita di Parlimen, hari ini.

Bagaimanapun menurut Tengku Razaleigh atau mesra disapa Ku Li, beliau tidak mengetahui siapakah tujuh individu yang bermasalah seperti yang dinyatakan Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

“Saya tidak tahu. Kita serahkan pada takdir,” tegasnya.

[ARTIKEL BERKAITAN:  Ku Nan: Kita sudah letih!]

Mengulas lanjut, Ku Li menyatakan mana-mana organisasi akan melakukan siasatan dan menghukum ahlinya jika didapati melanggar peraturan yang telah ditetapkan terutama apabila organisasi itu diketuai pemimpin yang lemah.

“Organisasi yang ditadbir oleh pemimpin yang lemah akan memastikan ahlinya mengikut segala arahan yang diberikan,” katanya.

Menurut Ku Li lagi, beliau juga ada mendengar desas-desus komplot untuk menyingkirkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden Umno.

“Saya ada dengar. Mereka ini mahu menyingkirkan Muhyiddin tetapi sama ada ia benar atau tidak, saya tidak tahu,” katanya.

[ARTIKEL BERKAITAN: Singkir Muhyiddin ibarat hina akar umbi]

Bekas Menteri Kewangan itu berkata, Umno tidak boleh menyingkirkan mana-mana individu hanya disebabkan mempunyai pandangan dan pendirian yang berbeza.

“Kita perlukan semua orang untuk kita mengukuhkan parti. Kita harus bersikap toleransi dengan mereka yang mempunyai pandangan yang berbeza.

“Dan itulah bagaimana Umno memperoleh kekuatan, ia kerana semua teguh bersama Umno walaupun mereka mempunyai pandangan dan pendirian yang berbeza,” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.