Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MEREKA TERUS BERISTIQAMAH

H60K bukti Pas masih berbisa

H60K bukti Pas masih berbisa
Lebih 60,000 ahli Pas hadir pada Himpunan Fastaqim, di Kota Bharu 17 Okrober lalu.
 
KOTA BHARU - Himpunan Fastaqim membuktikan sokongan terhadap Pas di negeri ini dan seluruh negara masih kukuh sekali gus menunjukkan penyokong tidak berkecil hati dengan kepimpinan parti. 
 
Setiausaha Pas Kelantan, Datuk Che Abdullah Ceh Mat Nawi berkata, biarpun semangat Pas cuba digoyahkan dengan kelahiran parti baharu namun ia sedikit pun tidak menjejaskan aura sejati pengikut perjuangan berteraskan Islam itu.

“Tahniah saya ucapkan kerana Fastaqim memperlihatkan penyokong Pas tidak mengikut pemimpin yang kecewa tetapi kekal memberi sokongan kepada jemaah Islam (Pas),” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Biarpun Pas turut terpalit dengan pelbagai kemelut dalaman sehingga ada yang berpandangan parti itu menjadi punca kepada perpecahan dalam PR, namun Che Abdullah yakin umumnya, penyokong masih tetap beristiqamah dengan perjuangannya.

Che Abdullah yang juga Adun Wakaf Baharu berkata, sokongan ribuan lautan penyokong seluruh negara terhadap Pas menerusi perhimpunan tersebut juga adalah isyarat jelas kepada dunia bahawa ‘taring’ parti tersebut tetap berbisa berjuang demi rakyat.

“Pas adalah parti yang tidak melakukan provokasi dan matang kerana (buktinya) himpunan  berlangsung dengan aman  damai dengan pengisian munajat serta program kebaikan,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai pandangan Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk mempertimbangkan bagi menggugurkan taklik talak tiga lafaz baiah di Kelantan, Che Abdullah bersetuju dengan perkara itu.

Bagaimanapun, ia masih di peringkat pertimbangan dan beliau yakin perkara tersebut akan dibincangkan dengan teliti sebelum ia diputuskan untuk dilaksanakan di Kelantan.

Dalam masa yang sama, beliau juga mengakui taklik talak tiga yang diguna pakai oleh Pas sejak 2004 sangat-sangat membantu mengekang pemimpin daripada menjadi pengkhianat kepada perjuangan parti.

0 orang berkata:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.