Tolak jadi calon jika tak sanggup baiah
KUALA TERENGGANU - Dewan Ulama Pas Terengganu mengesyorkan individu
yang tidak sanggup berbaiah menolak awal-awal tawaran sebagai calon Pas
pada pilihan raya umum akan datang.
Timbalan ketuanya, Dr Abu Bakar Abdullah berkata, bagi yang sanggup
menjadi calon pula, isu baiah tidak patut dipandang ringan kerana ia
memberi implikasi besar dan melibatkan laknat ALLAH sekiranya lafaz
tersebut diingkari.
Bagaimanapun, beliau yakin mereka yang benar-benar beriman dan sanggup berbaiah akan menghayati dan memahami kesan langsung daripada lafaz baiah tersebut.
Bagaimanapun, beliau yakin mereka yang benar-benar beriman dan sanggup berbaiah akan menghayati dan memahami kesan langsung daripada lafaz baiah tersebut.
“Ini kerana baiah tidak boleh dibayar dengan kafarah kerana kita
berbaiah dengan ALLAH sebagaimana disebut dalam surah al-Fath. Kalau
mereka langgar, mereka akan terima laknat ALLAH, malaikat dan semua
orang. Kesan bukan sahaja di dunia tetapi di akhirat. Implikasi
(daripada pelanggaran baiah) terpulang kepada ALLAH.
“Kita takut perkara sebegini tidak ditunjukkan ALLAH di dunia tetapi
akhirat takut kita tidak akan terlepas. Jadi, kalau tidak sanggup baiah,
jangan jadi calon,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.
Sehubungan itu, beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas
Pusat berharap mereka yang menerima tawaran sebagai calon benar-benar
menghayati lafaz baiah yang menjadi amalan Pas sejak dulu.
“Tapi yang dulu pun (bekas pemimpin-pemimpin yang menyertai Parti
Amanah Negara) sanggup jadi calon tapi kalau mereka langgar hendak buat
macam mana. Kita tidak boleh hendak sekat dia,” katanya.
Walaupun isu baiah ditimbulkan sehingga menjadi polemik di kalangan
beberapa pihak baru-baru ini berikutan wakil rakyat parti itu mengambil
tindakan menyertai parti lain, beliau tetap berharap baiah diteruskan.
Jelasnya, ia merupakan satu kaedah yang diguna pakai oleh Pas sejak
dahulu untuk menunjukkan taat setia terhadap perjuangan Pas di samping
komitmen ahli-ahli supaya mereka sentiasa terikat dengan dasar parti.
Bagaimanapun katanya, sekiranya pimpinan mahu memansuhkan lafaz
tambahan taklik talak tiga sebagaimana diamalkan calon-calon pilihan
raya umum di Kelantan, beliau memberitahu ia terpulang kepada pihak
tersebut.
“Ia bergantung pada pertimbangan dan lihat pada suasana serta kedudukan
parti dari semasa ke semasa. Jika hendak dimansuhkan, kita di peringkat
ahli akur dengan kehendak kepimpinan,” katanya.
0 orang berkata:
Post a Comment