Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

HARAPAN RAKYAT TINGGI KEPADA PEMBANGKANG YANG SIHAT

Pas tetap kekal jadi pembangkang, kata Hadi

Pas tetap kekal jadi pembangkang, kata Hadi
Sidang media Abdul Hadi di lobi Parlimen hari ini. Foto Sinar Online oleh RAZIATUL HANUM A.RAJAK
 
KUALA LUMPUR - Pas akan terus menjadi pembangkang dan tidak akan sesekali menyertai BN untuk membentuk kerajaan campuran.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pertemuan yang dilakukan  bersama pemimpin BN sebelum ini adalah berkisarkan masalah-masalah rakyat bukan mengenai kerjasama politik.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, Pas akan menjadi pembangkang yang menerang bukan menyerang.

"Itu pendekatan yang kita ambil. Sebarang perubahan yang hendak dilakukan mestilah berteraskan Islam yang menjadi dasar, konsep dan matlamat  perjuangan Pas. Pas tak akan menyertai sebarang langkah yang tidak berteraskan Islam dan tidak mencapai matlamat.

"Kerana kita tidak mungkin naik bas ekspres yang tak sampai ke destinasi kita pergi lepas tu kena jalan kaki jauh. Kita mahu proses demokrasi yang berakhlak dan beradab dan tidak boleh lupakan konsep Raja Berperlembagaan. Pada masa sama mesti memelihara hubungan masyarakat majmuk," katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Menurut beliau, masa berhujah di Parlimen tidak cukup pihaknya mengetengahkan segala masalah rakyat sehingga beliau perlu bertemu dengan kerajaan pada sesi yang lain.

"Jadi kita perlu sedia bertemu dengan kerajaan  bersemuka siapa sahaja untuk kemuka cadangan perkara  yang kita tidak setuju. Contoh cukai barang di perkhidmatan (GST) Pas ingin cadangkan alternatif tampung hasil kerajaan.

"Tapi tidak cukup masa nak bentang di Parlimen. Penurunan mata wang kita ada cadangan kita. Termasuk isu lain seperti perumahan.  (Jadi) Kita sedia temu kerajaan . Ini sikap kita sebagai parti pembangkang kerana kita mahu pelihara hubungan dengan rakyat bukan dengan Ahli Parlimen sahaja," katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.