Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

HENTIKAN PEMBERIAN BRIM

Tol naik: Apa nasib bukan penerima BR1M?
Tol
 
JIKA Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengaitkan soal kenaikan kadar tol dengan kadar pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), timbul persoalan yang dibangkitkan penganalisis politik, Prof Madya Dr Mohd Fuad Othman dan wajar difikirkan bersama.

Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) itu mempersoalkan bagaimana nasib rakyat kelas menengah yang bukan penerima BR1M, di mana mereka terpaksa menampung kos tambahan tapi tidak mendapat sebarang bantuan.

“Beliau boleh kata begitu tapi pada masa sama kena ingat, tidak semua orang dapat duit BR1M. Kenyataan itu mungkin ada benarnya tapi apa pula nasib bagi golongan menengah dan menengah atas yang tidak mendapat BR1M ini?

“BR1M hanya satu segmen daripada masyarakat dan kita faham mungkin ada perlunya mereka ini mendapat bantuan tapi bagaimana nasib golongan yang tidak mendapat bantuan? Sudahlah tak dapat BR1M, masuk universiti tidak dapat biasiswa, tidak dapat pinjaman, PTPTN pun sedikit,” katanya kepada Sinar Online.

Terbaharu, Najib dilaporkan mempertahankan kenaikan kadar tol yang berkuat kuasa 15 Oktober ‎lalu sebagai satu keperluan dan menyifatkan kerajaan tiada pilihan selain menaikkan kadar tol, kerana jika langkah itu tidak dilaksanakan, kerajaan mungkin terpaksa mengurangkan kadar pemberian BR1M.

[ARTIKEL BERKAITAN: Jika tol tidak naik, BR1M akan berkurang]
Mohd Fuad turut berpendapat, kerajaan juga perlu memberi sedikit perhatian kepada golongan menengah supaya mereka tidak sentiasa tertinggal dan seolah-olah diabaikan oleh kerajaan.

Dalam pada itu, beliau berpandangan bahawa kerajaan perlu menilai kembali relevan pemberian bantuan kewangan itu.

“(Kadar bertambah saban tahun) Sebab itu kerajaan kena fikirkan kembali kesesuaian BR1M. Sampai bila kerajaan mampu bertahan dengan menggunakan BR1M ini?

“Akibatnya, orang lain yang tidak menerima BR1M itu bagaimana? Yang membayar cukai beribu ringgit tapi mereka tidak dapat apa,” katanya.

Beliau juga menyarankan kerajaan segera mencari jalan keluar bagi menggantikan BR1M kepada langkah yang mampu membantu golongan penerima BR1M dalam rangka mengurangkan beban kerajaan.

“Saya rasa lebih sesuai sekiranya kerajaan memperkukuhkan sistem pendidikan, membuka peluang-peluang pekerjaan sebab kalau bagi duit, tak lama ia bertahan. Analoginya, seperti kita nak beri orang lain ikan atau pancing? Ikan akan habis dalam masa sehari tapi jika pancing itu dia boleh memancing selalu.

“Maknanya kerajaan perlu mencari langkah-langkah lain dalam membantu golongan yang mendapat BR1M ini. Jika tidak, kerajaan akan terbeban kerana setiap tahun jumlah BR1M itu akan naik. Kemudian dekat-dekat pilihan raya. Dijanjikan lagi nilai lebih tinggi,” katanya.

Kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM13 bilion dari tahun 2012 hingga 2015 bagi pengagihan BR1M untuk hampir 7.4 juta rakyat.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.