KUALA LUMPUR - Kesemua ahli Parlimen pembangkang diseru bersatu menolak
usul Belanjawan Negara 2016 yang akan dibentangkan oleh Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Razak esok.
Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Raja Ahmad mendakwa, penolakan usul itu sebagai salah satu protes menolak kepimpinan Najib.
"Ini adalah masanya untuk ahli Parlimen bertindak," katanya di lobi Parlimen, hari ini.
Menurutnya, kenyataan Majlis Raja- Raja Melayu baru- baru ini juga merupakan isyarat penolakan kepimpinan Najib.
"Kenyataan luar biasa yang dibuat Raja Melayu menggesa kerajaan segera menyelesaikan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebagai satu isyarat negara berada dalam keadaan kritikal," katanya.
Semalam, Setiausaha Agong PKR mengesahkan ahli Parlimen pembangkang termasuk Pas bersetuju menolak usul Belanjawan Negara itu sebagai usaha menjatuhkan kepimpinan Najib.
0 orang berkata:
Post a Comment