Bayangan kerjasama pilihan raya BN-Pas
RAKYAT sudah dapat ramalkan kerjasama antara Pas dan BN dalam pilhanraya akan datang dengan sikap positif Setiausaha Agung Pas Datuk Takiyuddin Hassan sebagai ahli PAC yang sedia merahsiakan siasatan terhadap 1MDB dan diperkuatkan oleh kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi sedia untuk kerjasama dengan BN.
Takiyuddin setuju sumpah menyimpan rahsia sebagai ahli PAC dalam siasatan IMDB seperti yang disyorkan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Ahmad Zahid Hamidi berbanding dengan sikap DAP dan Haji Hadi tidak setuju dengan perbuatan pembangkang mengangkat Plakad " Mana RM 2.6 B" di Dewan Rakyat yang dianggapnya tidak beradab.
Kenyataan Hadi menyebut sedia bekerjasama dengan semua parti adalah perkara biasa tetapi yang istimewa dan luar biasa ialah " Termasuk Barisan Nasional."
Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara Khalid Samad melihat ini sebagai bahaya kepada masa depan pembangkang pada pilihanraya akan datang dan segera mencabar Pas jelaskan pendirian samaada berada dengan pembangkang atau BN supaya rakyat senang membuat keputusan. Secara tidak langsung beliau menganggap Pas bertalam dua muka.
Tetapi cabaran ini tidak dapat menutup hakikat bahawa Parti Amanah Negara sendiri mempunyai banyak muka yang akan mengelirukan rakyat. Ia ada muka DAP, muka PKR, muka Pas,muka Anwar Ibrahim dan bermuka-muka.
DAP juga tentunya sedang gementar dengan bayangan kerjasama Pas dengan BN kerana kacamata cauvanis nya nampak kerjasama ini sebagai Pas Umno yang akan memberi kesan buruk kepada Pakatan Rakyat yang sedang berada dalam keadaan terumbang ambing.
Bagi DAP perkembangan ini adalah kemunduran Malaysia dari politik Malaysian Malaysia yang sedang rancak maju kehadapan.
Presiden BN Datuk Seri Najib tentunya merasa lega dengan perkembangan senario baru politik Malaysia ini tetapi beliau tidak boleh yakin sebagai positif bagi dirinya atau isterinya.
Untuk melegakan harapan rakyat dan memastikan kemenangan cemerlang dan mempermudahkan kerjasama Umno, Pas atau BN,beliau terpaksa mengundur diri sebelum pilihanraya umum akan datang kerana Pas sendiri tidak mahu pimpinan Umno yang telah tercalar dan terbukti tidak licin,tidak cekap,menggugat ekonomi dan menghakiskan penghormatan terhadap negara.
DAP yang gementar dengan senario politik baru ini haruslah menerima hakikat bahawa ini adalah harga yang sangat mahal yang terpaksa dibayarnya kerana permainan politik perkaumannya yang agresif yang tidak menghiraukan Perlembagaan Negara.
Dan pemimpin Umno pula janganlah cuba memberikan gambaran perkauman kepada arah tuju politik baru ini kerana Umno sendiri bukanlah suatu parti perkauman seperti yang dimomokan oleh pembangkang.
Kalau Umno parti perkauman dan pelampau keagamaan masakan wujud kerjasama dengan MIC dan MCA untuk meletakan asas kemerdekaan yang telah memberikan keharmonian dan kemakmuran dan memajukan pendemokrasian negara secara evolusi sejak berpuluh tahun.
Bagaimanapun keharmonian ini telah diberikan gambaran salah oleh anasir-ansir politik kosmopolitan Singapura yang diwakili oleh DAP.
InsyaALLAH akan berlaku perkembangan positif dalam politik Malaysia untuk pemulihan imejnya dan InsyaALLAH Tun Mahathir akan dapat menyaksikan pengunduran Najib sebelum pilihanraya akan datang.
Umno ada stratijinya yang tersendiri bagi mengundurkan pemimpinnya secara terhormat. Sejarah telah membuktikannya.
*Tan Sri Zainuddin Maidin merupakan Bekas Menteri Penerangan
* Ini adalah pendapat peribadi penulis sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan Sinar Harian Online.
1 orang berkata:
tahniah pak mu. dapat geng baru
Post a Comment