Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

GARA-GARA PAS DICABAR, LEPAS NI KITA BUAT ROAD SHAW PULAK

 
 ‘Jangan cabar Pas gadai prinsip’

Kamaruzaman Abdullah
Kamaruzaman
 
KUALA TERENGGANU – Kehadiran melebihi jangkaan dalam program Himpunan Fastaqim (H60K) anjuran Pas memberi isyarat kepada pihak tertentu yang terus mengecam Pas supaya tidak terus mencabar parti itu pada masa akan datang.

Ketua Pemuda Pas Terengganu, Kamaruzaman Abdullah berkata, ia juga sebagai amaran kepada mana-mana pihak untuk tidak sesekali menarik perhatian Pas keluar daripada perjuangan asal kerana parti itu tidak akan sesekali menggadai prinsip dipegang selama ini.

Paling penting, beliau tidak menolak perhimpunan tersebut sebagai ‘penawar’ kekecewaan kepada sebahagian ahli Pas berhubung perkembangan dalam parti itu baru-baru ini yang memperlihatkan pendirian beberapa pihak dalam Pas tergugat sehingga ada yang mengambil keputusan keluar parti dan menubuhkan parti baharu.

“Kita berhimpun, menunjukkan kesungguhan kita di semua peringkat untuk pertahan perjuangan. Orang luar boleh nilai sendiri kehadiran yang tidak diberikan sebarang upah. Kita juga berjaya memperoleh derma daripada orang ramai hampir RM300,000.

“Perhimpunan ini juga menunjukkan bahawa kita mempunyai semangat dan roh untuk jaga keaslian perjuangan dengan kehadiran ramai yang sanggup keluarkan wang sendiri dan sewa bas untuk datang ke sini,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Himpunan Fastaqim (H60K) yang diadakan di Stadium Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan merupakan salah satu program penting anjuran Pas bertujuan mengukuhkan semangat juang dalam kalangan ahli supaya terus istiqamah terhadap perjuangan parti.

Kamaruzaman memberitahu bahawa apa yang membanggakan, kehadiran golongan muda juga amat memberangsangkan apabila kira-kira 70 peratus daripada mereka dilihat turun memberi sokongan terhadap program itu.

Jelasnya, keadaan itu memperlihatkan Pas terus mendapat sokongan daripada semua golongan walaupun beberapa pihak sebelum ini memainkan isu tertentu bertujuan mengalih keyakinan rakyat terhadap Pas.

“Perkembangan ini membuktikan bahawa Pas bukanlah parti sembarangan dan ia adalah parti dengan dasar perjuangan jelas bersandarkan al-Quran dan hadis. Tiada mana-mana pihak yang boleh mematahkan perjuangan ini.

“Prinsip dan kekuatan ini bersatu dan apa yang berlaku baru-baru ini hanyalah ‘kocakan’ yang terus menunjukkan Pas terus istiqamah,” katanya.

Dalam masa sama, beliau berharap apa yang disampaikan pimpinan difahami semua yang hadir supaya semangat Fastaqim dibawa pulang ke tempat masing-masing untuk memastikan kekuatan Pas terus membara bagi menjamin kemenangan pada pilihan raya umum akan datang.

3 orang berkata:

Unknown said...

buat jangan tak buat, nak tanya sikit man :

"BERKATA Mursyidul Am PAS Datuk Haron Din : Hubungan PAS dengan PKR terputus sekiranya PKR menyertai gabungan pembangkang yang baru bersama DAP dan Gerakan Harapan Baru (GHB).
KINI PKR telah pun bersekutu dgn DAP dan PAN (GHB) dan membentuk “PAKATAN HARAPAN RAKYAT”. Lalu PAS bagaimana?

1. Bila lagi PAS mau tendang PKR dan bentuk “kerajaan PAS di Selangor?”.
2. Bila lagi PAS mau tendang DAP dan bentuk “kerajaan PAS di penang?”.
3. Apakah PAS dah mula ingkar dan DERHAKA kpd Mursyidul Am?

harap2 lepas ni orang perlis boleh pilih Datuk Haron din ni jadi adun. kesian dah 2 penggal try tapi tak pernah kena.. Saya berdoa Moga Datuk sihat sampai boleh tanding pru 14 nanti. Merasa la satu penggal pun jadi la.

Ibu.Karina Safah said...

PENGAKUAN SAYA BERSAMA KELUARGAKU INI BUKAN CERITA ATAU PUN REKAYASA BENER-BENER TERBUKTI SAMA SAYA.
Terima kasih sebesar-besarnya yang kami ucapkan kepada mbah warjoh yang telah memberikan keberhasilan dan keberuntungan bagi keluarga saya.berkat bantuan beliau saya sekarang sudah hidup tenang karena suamiku sudah punya usaha tambak yang luasnya sekitar 5 hektar kurang lebih. begitupun juga saya dirumah buka warung sembakau dan sekarang pun saya sekeluarga tidak di kejar-kejar hutang lagi. mulanya keluarga Kami di berikan angka gaib hasil ritual dari mbah warjoh yang sangat Jitu 100% dijamin tembus.sehingga keluarga saya sekarang merasa tenang lagi.sekali lagi terima kasih mbah jasamu dikeluarga saya tidak akan terlupakan.Jika anda butuh angka gaib hasil ritual mbah warjoh silahkan Tanyakan aja Pada mbah dinomer hp beliau di: 0851 4534 4218 atau silahkan KLIK DISINI Terima kasih

Unknown said...

yeezy boost
michael kors handbags
moncler coats
adidas wings
ray ban sunglasses uk
ugg boots
michael kors outlet online
nike roshe
michael kors outlet
longchamp pliage
20161210lck

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.