Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

DALAM PAS DAH TAK DA STATUS LEBAI

Pas kekal dipimpin ulama dan profesional

Pas kekal dipimpin ulama dan profesional
Takiyuddin
 
SHAH ALAM - Pas sejak dari awal penubuhannya telah menggabungkan dua kategori pimpinan iaitu ulama dan profesional. 
 
Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, ramai pimpinan Pas pada masa kini terdiri daripada golongan profesional dan latar belakang pendidikan hebat.

“Sekarang kita lihat pimpinan Pas terdiri daripada 60 peratus ulama dan 40 peratus golongan muda serta profesional. 

“Kini Pas dipimpin ulama dan profesional, cuma ia tidak ditonjolkan sahaja,” katanya kepada Sinar Harian.

Semalam, Sinar Harian melaporkan mengenai kenyataan pendakwah terkenal, Datuk Hassan Mahmud Al-Hafiz berhubung keadaan parti berkenaan yang akan semakin tenat sekiranya masih tidak melakukan sebarang perubahan.

Selain itu, Hassan berkata, kepimpinan Pas sedia ada juga disaran untuk berehat dan memberi peluang kepada golongan bawahan terutamanya golongan muda dan profesional dalam parti itu.

Menurut Takiyuddin, Pas merupakan sebuah parti yang mantap sejak dahulu lagi, malah ia juga terbuka kepada setiap golongan di negara ini.

“Sebab, itu saya rasa pandangan beliau (Hassan) perlu dilihat melalui sudut yang lebih global,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, kewujudan Parti Amanah Negara (Amanah) tidak memberi sebarang ancaman kepada Pas memandangkan parti berkenaan sebelum ini pernah berdepan dengan krisis yang lebih serius dan mencabar.

Beliau berkata, pada 1982, Pas pernah berdepan dengan masalah lebih besar di mana presiden parti ketika itu, Tan Sri Dr Mohd Asri Muda membuat keputusan keluar parti dan membawa sebilangan ahli bersamanya disebabkan pimpinan beliau tidak diterima.

Menurut Takiyuddin, kewujudan Amanah bukanlah sebagai ancaman memandangkan setiap pihak mempunyai kebebasan untuk memilih parti sendiri dan Pas akan tetap memandang ke hadapan bagi meneruskan ideologi dan perjuangan yang diusahakan selama ini.

“Amanah wujud disebabkan masalah dalaman parti selepas beberapa pimpinan sebelum ini tidak terpilih dalam muktamar lalu, dan disebabkan itu mereka memilih untuk keluar menubuhkan parti baharu,” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.