Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TPP MUNGKIN BAHAYA ?

TPP tidak harus menjejaskan kedaulatan negara
Tengku Razaleigh Hamzah
Tengku Razaleigh Hamzah
 
KUALA LUMPUR - Kerajaan perlu memastikan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) tidak menjejaskan kedaulatan negara, kata Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah.

Katanya, hal ini kerana terdapat kebimbangan kemungkinan perjanjian tersebut akan membuka ruang kepada kuasa asing untuk campur tangan dalam dasar dan undang-undang sedia ada di negara ini.

"Ia bukan sahaja menyentuh ekonomi, sosial dan politik tetapi juga soal kedaulatan negara. "Ini mesti kita hitungkan, kita boleh untung hari ini seringgit atau dua, tetapi  apakah kesan ini dari segi kedaulatan kerana walaupun kita (negara) kecil tetapi kita bermaruah," kata bekas menteri kewangan itu ketika ditemui pemberita di lobi  Parlimen, di sini hari ini.

Sementara itu, Tengku Razaleigh berkata Bajet 2016 yang bakal dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat nanti diharap dapat  meringankan beban hidup rakyat terutama dalam menghadapi cabaran kejatuhan nilai mata wang negara. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.