Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MUHYIDDIN TAK PANDAI SESUAIKAN DIRI ?

Muhyiddin perlu hormat kepimpinan PM

KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu percaya dan yakin dengan kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana setiap pemimpin memiliki cara dan corak kepimpinan yang tersendiri. 
Muhyiddin Yassin Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman semasa memberi peringatan ini berkata bekas timbalan perdana menteri itu juga tidak seharusnya mengungkit perkara berhubung sokongannya kepada Najib.
 
"Kita sebagai orang di bawah, sama ada berjawatan, ahli biasa atau penyokong, kena menyesuaikan diri dengan pemimpin, kita pengikut, takkan pemimpin nak ikut pengikut.

 
"Sebagai ahli (Umno), kita kena ada keyakinan dan kepercayaan kepada pemimpin, kalau rasa tak boleh berbuat begitu, maka bolehlah mengundur diri supaya tidak terasa ada masalah antara kita dan pemimpin," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

 
Tajuddin yang juga Ketua Umno Bahagian Pasir Salak berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Muhyiddin dalam Program Bicara Minda dan Sesi Dialog di Johor Baharu pada Sabtu yang mendakwa beliau merupakan pilihan Perdana Menteri Keempat Tun Dr Mahathir Mohamad untuk dijadikan perdana menteri tetapi tetap setia dengan Najib dan hanya menjadi timbalannya.

 
Katanya, Muhyiddin juga seharusnya berbincang di peringkat parti sekiranya ada ketidakpuasan hati, dan bukan menyatakannya secara terbuka.

 
Ketika ditanya sama ada Umno perlu mengambil tindakan terhadap Muhyiddin, Tajuddin berkata peringatan dan nasihat adalah sebahagian tindakan yang boleh diambil bagi menunjukkan rasa hormat parti kepadanya.

"Permintaan saya, dengan rasa rendah diri kepadanya, apa saja perbezaan kita bawa ke dalam parti dan bincang, kalau dibiarkan, takkan membantu parti dan hanya menguntungkan musuh," katanya. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.