Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KALO SERAH NAMA IA BUKAN SULIT

Undi tak percaya: Serah nama siapa tak sokong PM

Tan Sri Pandikar Amin Mulia
Tan Sri Pandikar Amin Mulia
 
KUALA LUMPUR - Pembangkang perlu menyerahkan senarai nama ahli parlimen yang bersetuju menentang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung undi tidak percaya.

Speaker Dewan Negara, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata, ia sebagai langkah untuk meluluskan usul undi tidak percaya itu di Dewan Rakyat.

"Bagaimanapun ia memerlukan notis dan mengikut Peraturan Mesyuarat 26 dan 27," katanya.

[ARTIKEL BERKAITAN: ‎Undi tak percaya: Najib hanya senyum]

Menurutnya, beliau akan mempertimbangkan kemungkinan usul undi tidak percaya terhadap Najib dibahaskan.

"Sekiranya ia dilakukan pembangkang, kita akan meletakkan usul tersebut di dalam peraturan mesyuarat," katanya.

Sehingga kini katanya, beliau masih menunggu senarai tersebut.

"Saya tahu mereka ada 89 senarai sahaja tapi sekarang mungkin sudah 90 atau 100 nama.

 "Saya boleh tekankan kepada kerajaan untuk menbahaskannya," katanya.

Menurutnya, senarai nama tersebut mungkin berkurang kerana Pas bukan lagi berada dalam Pakatan.

"Kalau mereka (pembangkang) ada 100 nama, pihak kerajaan tinggal berapa?

"Itu kena lihat. Gantang sukatan tidak lebih tidak kurang," katanya di lobi parlimen, har ini.

Pandikar berkata, berdasarkan Peraturan 15 Mesyuarat, setiap usul yang dibawa selain kerajaan tidak semestinya dapat dibahaskan.

"Dalam Peruntukan 15 mengatakan secara jelas urusan kerajaan perlu didahulukan," katanya.

Menurutnya, undi tidak percaya tidak semestinya dibawa ke dewan senat utuk diundi.

"Pelbagai cara boleh dibuat untuk melakukan undi tidak percaya," katanya.

Pandikar berkata, undi tidak percaya pernah dilakukan oleh Adun Sabah terhadap Ketua Menterinya ketika itu, Tan Sri Joseph Pairin Ketingan.

"Adun Sabah telah menandatangani senarai nama untuk tidak bersama Pairin.

"Apabila Pairin melihat senarai itu melebihi sokongan terhadapnya, beliau membawa senarai itu kepada Tuan Yang Termulia untuk membubarkan dewan," katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.