Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KES KHAIRUDDIN KE MAHKAMAH TINGGI

Kes Khairuddin, Matthias ke Mahkamah Tinggi
Khairuddin, Matthias
Khairuddin dan Matthias
 
KUALA LUMPUR - Mahkamah Majistret Kuala Lumpur sebentar tadi memindahkan kes melibatkan bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguam, Matthias Chang  yang berdepan pertuduhan cubaan melakukan sabotaj terhadap perkhidmatan perbankan dan kewangan negara ke Mahkamah Tinggi.
Majistret Siti Radziah Kamaruddin menetapkan demikian selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Masri Mohd Daud pada sebutan kes itu.

Sementara itu peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla memohon kes yang dipindahkan  itu disebut di Mahkamah Tinggi di sini serta merta bagi membolehkan urusan jaminan dibuat terhadap anak guamnya.

Mahkmah Tinggi bagaimanapun menetapkan esok untuk sebutan kes itu.

Pada 12 Oktober lalu, Khairuddin, 53, dan Matthias atau nama sebenarnya Chang Wen Chieh Matthias, 65, bersama-sama didakwa dengan niat melakukan sabotaj terhadap perkhidmatan perbankan dan kewangan negara di beberapa lokasi antara 28 Jun 2015 hingga 24 Ogos 2015.

Lima lokasi tersebut termasuk Pejabat Ketua Polis Bahagian Jenayah Ekonomi dan Kewangan Paris Perancis; Balai Polis Charing Cross, London, United Kingdom; Pejabat Peguam Negara Switzerland; Balai Polis Wai Chon Hong Kong; Ibu Pejabat Polis Cantoment, Singapura.

Pendakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 124L Kanun Keseksaan (Akta 574) dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Kesekaan yang membawa hukuman penjara maksimum 15 tahun jika sabit kesalahan.

Khairduddin dan Matthias melalui peguam masing-masing membangkitkan isu persoalan undang-undang ke Mahkamah Tinggi berhubung pendakwaan mengikut Seksyen 124 L Kanun Keseksaan yang dipertuduhan terhadap mereka.

Hakim Mahkamah Tinggi pada 19 Oktober meminta isu perundangan yang dikemukakan itu dirujuk ke Mahkamah Persekutuan dan telah ditetapkan untuk pendegran pada 3 November ini.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.