Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BERANSUR BAIK

Keadaan kesihatan Hadi bertambah baik
Abdul Hadi Awang
Abdul Hadi Awang

SHAH ALAM- Keadaan kesihatan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kini bertambah baik.

Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan berkata, Hadi kini sedang beristerehat di Institut Jantung Negara (IJN), dan mengambil rawatan susulan biasa untuk mengawal tahap kesihatan beliau.

"Tuan Guru agak kepenatan dengan jadual yang agak padat mutakhir ini. Insya-ALLAH dengan kerehatan ini akan mengembalikan kesihatan Tuan Guru.

"Kepada seluruh umat Islam, teruskan berdoa buat murabbi ummah​ ini, agar Tuan Guru dikurniakan keafiatan dan kesejahteraan untuk memimpin perjuangan Islam di bumi bertuah ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Sebelum ini Sinar Online melaporkan Hadi kurang sihat dan terpaksa mengehadkan masanya menghadiri program yang telah dijadualkan.

Semalam, Abdul Hadi yang biasanya menyampaikan kuliah mingguannya setiap pagi Jumaat di Masjid Rusila, Marang hanya memberi ceramah kira-kira satu jam berbanding kebiasaannya selama dua jam.

Setiausaha Sulit kepada Ahli Parlimen Marang itu, Zaihan Mohd Daud berkata,‎ walaupun berdepan masalah kesihatan, Abdul Hadi tetap meluangkan masanya untuk menghadiri program.

3 orang berkata:

Anonymous said...

Rehatlah teruss..
Bagi peluang nik amar jadi presiden pulak.
Line nama yg menunggu dah panjang sangat.
Nik abdoh dan zuhdi pun teringin jugak.

Anonymous said...

Ko ingat PAS mcm UM NO,PKR,PAN ka? Depa dok berebut jadi calon.Pemimpin PAS dipilih sbg amanah jamaah..kami x berebut dn x kemaruk jawatan...

Anonymous said...

Geng merah si budak umno kebanyakkan pemuda yang telah rosak, tiada pelajaran, rempit, pemain bohsia, penghisap dadah dan pencuri - ini semua karektor budak merah kat tempat aku lah.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.