Keadaan kesihatan Hadi bertambah baik
SHAH ALAM- Keadaan kesihatan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kini bertambah baik.
Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan berkata, Hadi kini sedang
beristerehat di Institut Jantung Negara (IJN), dan mengambil rawatan
susulan biasa untuk mengawal tahap kesihatan beliau.
"Tuan Guru agak kepenatan dengan jadual yang agak padat mutakhir ini.
Insya-ALLAH dengan kerehatan ini akan mengembalikan kesihatan Tuan Guru.
"Kepada seluruh umat Islam, teruskan berdoa buat murabbi ummah ini,
agar Tuan Guru dikurniakan keafiatan dan kesejahteraan untuk memimpin
perjuangan Islam di bumi bertuah ini," katanya dalam satu kenyataan hari
ini.
[ARTIKEL BERKAITAN: Hadi kurang sihat ekoran keletihan]
Sebelum ini Sinar Online melaporkan Hadi kurang sihat dan terpaksa
mengehadkan masanya menghadiri program yang telah dijadualkan.
Semalam, Abdul Hadi yang biasanya menyampaikan kuliah mingguannya
setiap pagi Jumaat di Masjid Rusila, Marang hanya memberi ceramah
kira-kira satu jam berbanding kebiasaannya selama dua jam.
Setiausaha Sulit kepada Ahli Parlimen Marang itu, Zaihan Mohd Daud
berkata, walaupun berdepan masalah kesihatan, Abdul Hadi tetap
meluangkan masanya untuk menghadiri program.
3 orang berkata:
Rehatlah teruss..
Bagi peluang nik amar jadi presiden pulak.
Line nama yg menunggu dah panjang sangat.
Nik abdoh dan zuhdi pun teringin jugak.
Ko ingat PAS mcm UM NO,PKR,PAN ka? Depa dok berebut jadi calon.Pemimpin PAS dipilih sbg amanah jamaah..kami x berebut dn x kemaruk jawatan...
Geng merah si budak umno kebanyakkan pemuda yang telah rosak, tiada pelajaran, rempit, pemain bohsia, penghisap dadah dan pencuri - ini semua karektor budak merah kat tempat aku lah.
Post a Comment