Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

HADI PERLU BANYAK REHAT

Hadi kurang sihat ekoran keletihan
Abdul Hadi Awang
Abdul Hadi Awang

KEMAMAN - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan tidak sihat dan terpaksa mengehadkan masanya menghadiri program yang telah dijadualkan.

Semalam, Abdul Hadi yang biasanya menyampaikan kuliah mingguannya setiap pagi Jumaat di Masjid Rusila, Marang hanya memberi ceramah kira-kira satu jam berbanding kebiasaannya selama dua jam.

Setiausaha Sulit kepada Ahli Parlimen Rhu itu, Zaihan Mohd Daud berkata,‎ walaupun berdepan masalah kesihatan, Abdul Hadi tetap meluangkan masanya untuk menghadiri program.   

"Tuan guru tidak sihat kerana keletihan akibat program yang terlalu padat, Walaupun tidak sihat, beliau tetap menghadiri beberapa program.

"Esok (Sabtu) pun beliau akan ke Sabah bagi menghadiri program di sana, " katanya kepada pemberita selepas Program Himpunan Harapan Semua (Harap 3.4) di sini malam tadi.  

Abdul Hadi yang menghadiri majlis tersebut kira-kira satu jam sempat menyampaikan ceramahnya hampir setengah jam sebelum bergegas pulang untuk berehat.

Beliau yang kelihatan letih menyampaikan ceramahnya dalam keadaan duduk dan perlu dipimpin sewaktu menuruni tangga ketika hendak pulang. - Bernama

3 orang berkata:

Anonymous said...

Rehat terus lagi bagus.
Rehat jaga bini dan cucu.
Tak payah nak sebuk2 berpolitik.
Politik pun bukannya cerdik.
Eloklah rehat terusss.
Biar petpaduan berpanjangan.

Kita dah penat dengan perangai kaum membarua dan takfiri.

Anonymous said...

Rehatlah incik...
Bila free boleh bawak perahu.
Mencandat sotong dan tangkap belukang.
Tak la org bising pasal ponteng kelas.
Lagipun dah tua, dah tak produktif.
Otak kadang betul kadang senget.
Duduk rumah la diam2...

Anonymous said...

Jasanya memang banyak.
Cukuplah tu, jaga keluarga pulak.
Bagilah orang lain pulak pegang jawatan dan masuk calun pru.
Kalau nak pegang jawatan sampai mati, takut orang lain tak merasa pulak.
Orang lain pun nak rasa jadi presiden parti islam.
Kalau tak rehat, orang lain kempunan nanti. Kalau kempunan mati mata terbukak.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.