Hadi kurang sihat ekoran keletihan
KEMAMAN - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan tidak
sihat dan terpaksa mengehadkan masanya menghadiri program yang telah
dijadualkan.
Semalam, Abdul Hadi yang biasanya menyampaikan kuliah mingguannya
setiap pagi Jumaat di Masjid Rusila, Marang hanya memberi ceramah
kira-kira satu jam berbanding kebiasaannya selama dua jam.
Setiausaha Sulit kepada Ahli Parlimen Rhu itu, Zaihan Mohd Daud
berkata, walaupun berdepan masalah kesihatan, Abdul Hadi tetap
meluangkan masanya untuk menghadiri program.
"Tuan guru tidak sihat kerana keletihan akibat program yang terlalu
padat, Walaupun tidak sihat, beliau tetap menghadiri beberapa program.
"Esok (Sabtu) pun beliau akan ke Sabah bagi menghadiri program di sana,
" katanya kepada pemberita selepas Program Himpunan Harapan Semua
(Harap 3.4) di sini malam tadi.
Abdul Hadi yang menghadiri majlis tersebut kira-kira satu jam sempat
menyampaikan ceramahnya hampir setengah jam sebelum bergegas pulang
untuk berehat.
Beliau yang kelihatan letih menyampaikan ceramahnya dalam keadaan duduk
dan perlu dipimpin sewaktu menuruni tangga ketika hendak pulang. -
Bernama
3 orang berkata:
Rehat terus lagi bagus.
Rehat jaga bini dan cucu.
Tak payah nak sebuk2 berpolitik.
Politik pun bukannya cerdik.
Eloklah rehat terusss.
Biar petpaduan berpanjangan.
Kita dah penat dengan perangai kaum membarua dan takfiri.
Rehatlah incik...
Bila free boleh bawak perahu.
Mencandat sotong dan tangkap belukang.
Tak la org bising pasal ponteng kelas.
Lagipun dah tua, dah tak produktif.
Otak kadang betul kadang senget.
Duduk rumah la diam2...
Jasanya memang banyak.
Cukuplah tu, jaga keluarga pulak.
Bagilah orang lain pulak pegang jawatan dan masuk calun pru.
Kalau nak pegang jawatan sampai mati, takut orang lain tak merasa pulak.
Orang lain pun nak rasa jadi presiden parti islam.
Kalau tak rehat, orang lain kempunan nanti. Kalau kempunan mati mata terbukak.
Post a Comment