Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

AKAN HANCURKAH SYARIKAT PENERBANGAN NEGARA ?


Kesatuan mahu piket bantah pakatan MAS-AirAsia
Posted on Thursday, September 08 @ 17:34:36 PDT by tokdalang
 
PETALING JAYA, Tiga kesatuan pekerja-pekerja Malaysia Airlines (MAS) yang mewakili kira-kira 15,000 pekerja akan berpiket ekoran pertukaran saham syarikat penerbangan kebangsaan itu dengan AirAsia. 

Presiden Kesatuan Pekerja-pekerja MAS (Maseu) Alias Aziz berkata mereka berpendapat bahawa janji niaga itu tidak akan memberikan manfaat kepada MAS, dan percaya pengurusan baru syarikat penerbangan itu merancang mewujudkan satu jenama baru dalam syarikat penerbangan sebagai sebahagian daripada langkah menghapuskan kesatuan.

“Kita tidak setuju dengan kerjasama itu atau langkah untuk menubuhkan penerbangan baru di bawah janji niaga itu,” kata beliau dipetik Bernama Online. 

“Apa kita lihat daripada kerjasama itu akan memberikan manfaat kepada AirAsia dan juga ada khabar angin bahawa sebuah syarikat penerbangan baru akan ditubuhkan hasil daripada kerjasama itu.

“Kita sudah ada MASwings Firefly dan MAS. Jadi, apa tujuan mereka mahu tubuhkan syarikat penerbangan baru,” katanya.

Maseu menyertai Kesatuan Pekerja Penerbangan Sarawak dan Kesatuan Sekerja Pengangkutan Udara Sabah mengancam untuk mengadakan tindakan perindustrian dalam usaha menghalang pertukaran saham itu diteruskan.

Pada 9 Ogos lalu, MAS dan AirAsia mengadakan perjanjian kerjasama untuk menubuhkan satu rangka kerja bagi meneroka kemungkinan mengadakan kerjasama bersama.

Untuk mengukuhkan kerjasama bagi kepentingan dalam MAS dan AirAsia, Khazanah Nasional dan Tune Air masing-masing pemegang saham utama MAS dan AirAsia, bersetuju memiliki antara satu sama lain saham yang ada dalam kedua-dua syarikat itu.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.