Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Deii ! tambi poooorah

Wednesday, September 21, 2011

Zambry 'eee' akan serang Parit Buntar minggu depan?

Aku dapat maklumat yang Dr. Zambry 'eee' Kadir akan turun Parit Buntar lagi. Sebelum-sebelum ni dah banyak kali dia turun termasuk yang terbaru turun jamuan raya Umno Bahagian Parit Buntar.

Kali ni dengar ceritanya lebih hebat lagi, bukan setakat dia sorang yang turun tapi semua Exco perak akan turun sama.

Lawatan kali ni bukan sekadar 'touch & go' macam yang biasa dia buat. Lawatan kali ni nampak macam Zambry sungguh-sungguh nak 'serang' parlimen Parit Buntar dan Dun Titi Serong. Kali ni lawatan 2 hari, 27 - 28 Septembar. Hebat tak hebat siap buat mesyuarat Exco Negeri Perak kat sini.

Zambry katanya akan melawat Titi Serong, Bagan Tiang dan Tanjung Piandang. Mesyuarat Exco pulak katanya akan dibuat di Pejabat Penghulu Tanjung Piandang.

Nampak gayanya Zambry sungguh-sungguh nak hadapi PRU13 ni. Nampak gayanya Zambry bukan setakat nak pertahankan Perak tapi bernafsu besar nak rampas balik Dun Titi Serong dan Parlimen Parit Buntar.

Sungguh-sungguhnya Zambry nak rampas balik Parlimen Parit Buntar dan Dun Titi Serong sampai dia sanggup korbankan calon pilihan dia. Dengar ceritanya Zambry nampak macam dah menyerah kalah dengan Raman 'panjang' Suliman, Ketua Umno Bahagian. Zambry dengar ceritanya macam dah akur dengan calon pilihan Ketua Bahagian.

Katanya Zambry harap sangat semua jentera Umno di Parit Buntar bersatu di bawah ketua Bahagian untuk rampas balik Parit Buntar dan Titi Serong.

Sumber tu kata kalau tak percaya tengok nanti apa janji yang Zambry akan bagi untuk Parit Buntar.

Tapi, maklumat tu dari sumbar kem Raman Panjang, desas-desus yang aku dengar dari kem yang tak suka Raman Panjang macam lain pulak. Dengar ceritanya geng 'budak jahat' Umno Parit Buntar pun dah makin kerap mesyuarat kat kedai mamak. Dengar ceritanya depa ada 'projek' baru.

Yang tu aku KIV sat, pasai masih berstatus desas desus dan nak kena kaji jugak sesuai ka dak aku tulis kat sini.

Upu PAS pulak apa cerita? Dengar ceritanya masih ada bilik gerakan yang penuh dengan sawang...

2 orang berkata:

Anonymous said...

Gerakan pilihanraya Umno Perak dah rancak berjalan. Dengan pelbagai strategi dan kerahan tenaga dari jabatan kerajaan tapi gerakan pilihanraya Pakatan masih belum berjalan dan banyak yg masih dlm keadaan Mat Jenin.. hanya berangan tanpa membuat tindakan utk hadapi pilihanraya. kalau cam ni, hasrat nak rampas balik Perak dari Umno/BeEnd hanya mimpi semata2..

MC_Shaharul said...

btl sgt bersetuju ngan pendapat diatas...pakatan rakyat seolah2 tlalu yakin utk menang..program di pakatan rakyat di perak tlalu kurang..

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.