Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

GENDERAL TENTERA PERLU BERKECUALI, KERANA GAJI MEREKA RAKYAT YANG BAYAR




Tentera diingatkan jangan jadi polis!
Posted on Sunday, September 04 @ 08:27:26 PDT by paktam

Oleh TARMIZI MOHD JAM 

KUALA LUMPUR: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) diseru tidak mengikut jejak Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang membelakangkan undang- undang dalam menuruti telunjuk kerajaan Umno-BN yang memerintah.

Demikian komen Profesor Dr Abdul Aziz Bari ketika diminta mengulas kenyataan akhbar Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zain Khamis baru ni

Aziz berkata Panglima ATM itu aneh bila menyebut soal perlunya rakyat setia kepada ATM. Katanya, ATM - sebagaimana juga polis - adalah sebahagian dari perkhidmatan awam. Mereka tidak perlu setia kepada kerajaan yang memerintah. Mereka hanya perlu setia kepada Raja dan negara. Mereka hanya perlu melaksanakan perintah yang sesuai dengan undang-undang.

Beliau menjelaskan ATM dibiayai oleh pembayar cukai, dengan itu mereka adalah milik rakyat. “ATM perlu berkhidmat untuk rakyat, bukan mengampu kerajaan hingga ke tahap melanggar undang-undang. 

Memangkah kertas undi orang lain adalah kesalahan jenayah dan kalau ada yang memerintahkan berbuat demikian ia tidak boleh dipatuhi. Perintah ketua ada batasnya, ia boleh dilaporkan kepada pihak berkuasa”, tegas Aziz. Aziz menjelaskan, rakyat termasuk parti politik, hanya perlu setia kepada negara.

“Panglima ATM me ngarut bila menyebut soal kesetiaan dan kepercayaan rakyat kepada mereka. Seba gaimana anggota-anggota perkhidmatan awam yang lain ATM juga adalah hamba rakyat.
Ajaran mana yang menuntut supaya rakyat setia atau percaya dengan tentera?” soalnya.

Beliau memuji keberanian bekas-bekas tentera tampil ke depan dan menyifatkannya tindakan patriotik.

“Keberanian itu baru sejajar dengan kedudukan mereka sebagai pahlawan; yakni berani menyatakan kebenaran”, ujar Aziz lagi.

Katanya Panglima ATM tidak boleh meremehkan pengakuan itu dan cuba menuduh PAS mengambil kesempatan, sebaiknya beliau tutup mulut atau berjanji akan melakukan penyiasatan rapi.

“Kenyataan emosional PAT mendedahkan kelemahan intelektualnya; sama seperti KPN dan Timbalan KPN yang mengeluarkan pelbagai kenyataan bodoh semasa Himpunan Aman Bersih 2.0 bulan lalu”, tambah pakar Perlembagaan itu lagi. 

Aziz berkata Panglima ATM tidak berhak untuk memaksa rakyat percaya dan menerima bulat-bulat apa yang dikatakannya. Sama ada rakyat yakin atau tidak dengan ATM, katanya, adalah beban yang beliau perlu tanggung dan ini bergantung kepada siasatan rapi serta bukti yang jelas.

1 orang berkata:

otaklunyai said...

Sekarang ni banyak jenderal2 yg tak berkualiti. naik pangkat bukan atas dasar ketenteraan tapi atas dasar politik. sebab tu banyak jenderal2 yg banggang sekarang... satu kata2 hikmat dari seorang Pegawai kanan veteran Kor Armor DiRaja semasa aku join wataniah 15 tahun dulu.. kata beliau, "kalau kita cerdik tak akan dilantik jadi jenderal di m'sia ni"

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.