Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

HEK ELEH KHAIRY

Bukit Kepong: Pemuda Umno gerak Pentas Patriot ‘lawan’ Mat Sabu

September 03, 2011
KUALA LUMPUR, 3 Sept – Pemuda Umno mahu mengadakan program ceramah umum jelajah – yang dikenali sebagai Pentas Patriot – di seluruh negara untuk menghargai wira negara ekoran kontroversi di sebalik kenyataan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mengenai tragedi Bukit Kepong dua minggu lalu.
Setakat ini Mohamad mempertahankan kandungan ceramahnya pada 21 Ogos lalu, tetapi menegaskan tidak menyebut perkataan komunis. Beliau juga telah menegaskan tidak akan memohon maaf.

Sebahagian besar kepimpinan Pakatan Rakyat juga mempertahankan pendirian Mohamad dan menggesa kerajaan mengkaji semula fakta sejarah.

“Lanjutan daripada kenyataan Mohammad Sabu yang telah mengguris perasaan rakyat Malaysia terutama sekali barisan bekas perajurit, anggota polis dan waris-waris tragedi Bukit Kepong, Pemuda Umno berpendapat sudah tiba masanya suatu program ceramah umum berbentuk jelajah negara diadakan bagi menghargai dan mengenang kembali sumbangan wira-wira petugas keselamatan yang telah berhempas pulas menggadai nyawa menentang pengganas komunis bagi memastikan keamanan dan kedaulatan pertiwi terjamin,” kata Ketua Pemuda Umno Khairy Jamalauddin (gambar) dalam kenyataan dikeluarkan petang ini.

Katanya, program tersebut akan diadakan di seluruh negara dengan pengisian yang mencakupi tayangan video atau multimedia, ceramah umum daripada Unit Pidato Pemuda Umno serta jemputan khas daripada bekas-bekas komando, askar, pasukan polis serta pakar-pakar sejarah tanah air.

Khairy berkata, pihaknya berharap Pentas Pemuda bukan sahaja dapat mengimbau kembali sejarah perjuangan lampau, bahkan meniup dan menyemarakkan roh perjuangan dan patriotisme dikalangan rakyat, terutama anak-anak muda.

“Pentas Patriot juga bakal menghidangkan kepada anak-anak muda Malaysia rentetan peristiwa yang menyoroti perjuangan bagi menggapai kemerdekaan di samping mendedahkan bahawa teori Mohammad Sabu tidak lebih dari satu penipuan yang cuba diabadikan oleh mereka yang tidak mahu menerima hakikat bahawa kebebasan dan kemerdekaan negara dicapai melalui hikmah dan kebijaksanaan tanpa sebarang pertumpahan darah,” katanya lagi.

Bagi Pemuda Umno kata beliau, terjahan Mohammad yang bukan sahaja menghina dan mengkhianati perjuangan anak bangsa, malahan mengagungkan pengganas komunis semasa tragedi Bukit Kepong menampakkan belang sebenar PAS dan juak-juak pembangkang yang sanggup melakukan apa sahaja demi nafsu serakah politik mereka.

“Malahan sikap Mohammad serta kepimpinan pembangkang yang langsung tidak menampakkan kekesalan dengan memberikan alasan dan hujah yang menuding jari kepada Umno dan masyarakat umum yang marah dengan penghinaan tersebut amatlah memualkan,” katanya.

Pemuda Umno, kata Ketua Pemuda Barisan Nasional ini bersekali dengan seluruh rakyat Malaysia terutama sekali golongan serta ahli keluarga warga perajurit dan pasukan keselamatan negara, mengutuk dan mengecam sekeras-kerasnya kenyataan biadap Mohammad.

“Bagi kami, Pentas Patriot adalah langkah terbaik bagi menangani isu ini dan kami menyeru rakyat semua untuk turut hadir menyertai program ceramah umum yang akan dilaksanakan seluruh negara yang akan bermula dalam masa terdekat,” kata Ahli Parlimen Rembau ini.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.