KEMATIAN DAN KECEDERAAN DIMAJLIS SAMBUTAN 'IDUL FITRI DI RUMAH SYAFI'E AFDAL TIMBALAN PRESIDEN UMNO DI SEPORNA SANGAT MENYAYAT HATI !
Dikatakan terlalu ramai PATI dan penduduk tempatan yang datang menyerbu majlis 'idul fitri anjuran tuan rumah sehinggakan berlaku kematian dan kecederaan parah seramai 20 orang sangat menyayat hati, peristiwa ini langsung tidak boleh diterima akal tambahan lagi majlis tersebut adalah majlis sambutan hari raya 'idul fitri iaitu sambutan agama yang dikurniakan oleh Allah kepada umat islam yang melakukan ibadat puasa
Tidak mungkin Syafi'e Afdal tidak faham bahawa sambutan 'idul fitri adalah sambutan agama, Allah s.w.t memberikan perayaan kepada umat islam hanya dua perayaan tanda kemenangan, perayaan 'idul fitri dikurniakan Allah setelah umat islam berjaya melakukan ibadat puasa, perayaan 'idul Adha setelah umat islam berjaya melakukan ibadat haji di Makkah, tidak ada perayaan selepas dua perayaan tersebut, demikian agama islam menetapkannya
Peristiwa dihari perayaan jika dianjurkan oleh umat islam sehingga mendatangkan kematian dan kecederaan sangat tidak patut berlaku dan sangat diluar jangkaan, di Malaysia pembahagian berupa wang ringgit terhadap tetamu sudah menjadi adat kepada orang yang mempunyai banyak wang, di perayaan anjuraan Syafi'e Afdal dikatakan pembahagian sebanyak RM 50 hingga RM 100 seorang dianggap luar biasa kerana dikatakan wang yang dicampakkan terhadap pengunjung yang disifatkan sebagai peminta sedekah mencecah diantara RM 50 ribu hingga RM 100 ribu
Yang menjadi tanda tanya kepada kita (Jika peristiwa ini benar) mengapa PATI dan orang tempatan begitu ramai datang berasak-asak kerana mahu mendapatkan wang hari raya di majlis tersebut ? Tidak mungkin PATI dan orang tempatan tidak tahu adab berkunjung ke rumah seorang menteri dan timbalan Presiden UMNO yang memerintah negara, namun berita yang telahpun berlaku ini perlu penjelasan daripada tuan rumah dan penduduk tempatan, kedua-dua belah pehak perlu menjelaskan
Dalam peristiwa ini juga dikatakan orang yang menemui ajalnya dimajlis tersebut setelah dibawa ke Hospital dan mayatnya telah hilang ghaib tidak tahu entah kemana, sementara pehak polis dan SPRM bagai tidak berminat untuk membuat penyiasatan terhadap peristiwa ini, sementara TV yang membuat liputan langsung tidak mengeluarkan peristiwa isu ini mungkin untuk menutup peristiwa bagi merahsiakannya kepada umum demi maruah seorang menteri dan parti UMNO
Peristiwa ini adalah dianggap yang terkini bagi rakyat di negara ini, dan ia memerlukan penyiasatan yang rapi, andainya peristiwa ini benar maka inilah zaman kegelapan UMNO di negara Sabah dan negara
0 orang berkata:
Post a Comment