Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

JUAL SABAH LAGI BAIK


Thursday, September 22, 2011

[PANAS] Tiga Buah Pulau MALAYSIA Bakal DIJUAL, Penduduknya DIHALAU

FUH!...LAHANAT!.....SIAPA memerintah SABAH?......LAHANAT!

Pemuda PAS hari ini membidas kerajaan negeri Sabah kerana berdiam diri membiarkan tiga buah pulau di pesisiran pantai negeri berkenaan dijual di pasaran antarabangsa, lapor Malaysia Kini.

Menurut ketua pemuda PAS Sabah, Lahirul Latigu adalah
tidak bertanggungjawab bagi kerajaan negeri memberikan kelonggaran kepada pemilik swasta untuk menjual pulau-pulau itu dan pada masa yang sama, tanpa ragu-ragu mengusir penduduk tempatan dari hak tanah adat (NT) di kawasan pedalaman.

Lahirul mempersalahkan Jabatan Tanah dan Ukur Sabah kerana gagal melindungi kepentingan rakyat Sabah dalam penjualan kontroversi tiga pulau -
Mengalum, Pandanan dan Montukod - dan melahirkan rasa terkejutnya bagaimana pulau-pulau itu boleh dijadikan milik persendirian.

"Pemuda PAS terkejut
bagaimana Jabatan Tanah dan Ukur hanya boleh memberikan kelonggaran kepada beberapa individu tertentu untuk memiliki pulau-pulau itu tetapi pada masa yang sama jabatan itu merampas hak tanah adat," katanya dalam satu kenyataan.

Bagaimana pulau-pulau sedemikian begitu mudah dimiliki oleh segelintir individu tertentu sedangkan pulau-pulau merupakan khazanah berharga Sabah yang seharusnya dipulihara, yang boleh dijadikan sebagai tarikan pelancongan?” soalnya.

Semalam, pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Sabah Osman Jamal mengesahkan bahawa ketiga-tiga pulau itu adalah untuk jualan, seperti yang diiklankan di www.privateisland.com dan bahawa pemiliknya mempunyai hak untuk melupuskan harta yang dimiliki mereka.


Akhbar tempatan
The Borneo Post memetik Osman sebagai berkata tiada lagi urusniaga membabitkan pulau-pulau berkenaan - yang tegasnya perlu terlebih dahulu melalui pejabatnya untuk pengesahan status hartanah itu.

“Dewan Pemuda Pas Sabah mendesak supaya kerajaan Sabah menghalang urus niaga penjualan tersebut memandangkan tindakan itu akan mendatangkan kerugian kepada khazanah berharga yang menjadi hak kepada seluruh rakyat Sabah.


“Dedahkan siapa pemilik pulau-pulau tersebut yang begitu tamak sanggup menjual sebahagian dari tanah air sendiri dan siasat juga bagaimana mudahnya mereka ini memperoleh tanah seluas pulau!” katanya.


Menurut Lahirul lagi, jika Jabatan Tanah dan Ukur boleh menguatkuasakan Seksyen 42, Ordinan Tanah Sabah Bab 68 bagi merampas hak tanah adat terhadap penduduk-penduduk kampung di pedalaman, maka ia juga sepatutnya boleh menguatkuasakan undang-undang yang sama bagi menjaga kepentingan rakyat sabah.


“Begitulah juga apabila kerajaan bersungguh-sungguh mempertahankan Pulau Sipadan dan Ligitan daripada tuntutan negara jiran sedangkan bersikap dingin dan berlepas tangan terhadap penjualan tiga buah pulau ini dari terlepas kepada pihak asing.


“Seluruh dunia kini menyaksikan perebutan pulau-pulau bagi memastikan sesebuah negara dapat meluaskan kawasan pesisir dan sempadannya. Tidak mustahil pembelian pulau ini akan membolehkan negara asing dengan mudah memperluaskan kedudukan strategik mereka,” katanya.

P/s: UMCO dan sekutu menjual dan menggadai tahan air ini macam semuanya itu milik persendirian nenek moyang mereka. Singapura, Pulau Batu Putih, tanah KTM Tanjung Pagar, kini 3 buah pulau di Sabah. Anda fikir siapa di belakang individu yang mahu menjual pulau tersebut? Anda fikir individu itu berani menjual pulau itu tanpa mendapat restu kerajaan negeri dan pusat?

Undilah penyangak-penyangak dalam PRU13 untuk mewujudkan Malayworld dan merestui mereka menjual/menggadaikan tanah air sendiri!

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.