Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KALAU CAM TU MAT INDERA DERHAKA PADA SULTAN





Umno lakukan jenayah kerana label Mat Indera komunis

Posted on Sunday, September 11 @ 22:00:00 PDT by paktam

Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB dan ANIS NAZRI
 
PAS menyifatkan Umno-BN melakukan jenayah kerana melabel Mat Indera sebagai komunis, sedangkan Mat Indera adalah pejuang kemerdekaan yang menentang British. 

Demikian kata Setiausaha Agung PAS, Dato’ Mustafa Ali semasa mengadakan sidang media 6 Septembetr lalu berhubung pendirian PAS dalam isu ucapan Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu yang mengangkat Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan.

Turut serta ialah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu; Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub; Ketua Penerangan PAS, Ustaz Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man dan AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad. 

“Ini Mohd Sabu sebut benar (Mat Indera pejuang kemerdekaan), malah Umno lakukan jenayah yang menyatakan Mat Indera Komunis, ini jenayah Umno. 

“Cuba bayangkan keluarga Bukit Kepong yang terbunuh di Rumah Pasong itu. Dalam masa yang sama kita juga harus sedari bagaimana perasaan keluarga Mat Indera seorang pejuang kemerdekaan yang dituduh Umno sebagai komunis,” katanya lagi.
Rakyat harus sedar sejarah hanya ditulis untuk kepentingan parti politik memerintah (Umno-BN), katanya. 

Sedangkan penulisan sejarah perjuangan kemerdekaan negara tidak pun pernah ditulis secara tepat dan betul hinggalah Mat Sabu mengutarakan isu Mat Indera, katanya. 

Malah momokan tuduhan yang dilemparkan ke atas Mat Sabu dan PAS sebagai membela komunis sebenarnya hanya tuduhan dan fitnah semata-mata. 

PAS telah melihat teks ucapan Mat Sabu yang sedikit pun tiada kenyataan Timbalan Presiden PAS itu membela komunis kerana perjuangan PAS menolak ideologi komunis, kata Mustafa lagi.
PAS telah meneliti apa yang diucapkan Mohd Sabu melalui transkrip ucapan beliau di Tasek Gelugor, dan isi utama ucapan itu ialah mengenai perlunya sejarah kemerdekaan negara ini ditulis semula kerana bukan Umno memulakan perjuangan kemerdekaan, katanya. 

Mengulas lanjut, Mustafa juga berkata perjuangan kemerdekaan tidak bermula semasa penubuh Umno, sebaliknya bermula lama (sebelum itu) zaman sejak Dato’ Maharajalela, Tok Gajah, Dato’ Bahaman Dol Said, Tok Janggut dan Abdul Rahman Limbong. 

Perjuangan menentang British bermula pada zaman tersebut dan pada era perang dunia kedua pula diketuai oleh Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang dikepalai Dr Burhanuddin Al-Helmy dan rakan-rakannya, katanya. 

“Mereka ini (Dr Burhanuddin, Ahmad Boestamam; Ishak Mohammad (Pak Sako); Ibrahim Yaakob dan rakan-rakan) memimpin rakyat menentang British, dan dipenjarakan British pada tahun 1945. 

“Umno hanya ditubuhkan pada tahun 1946, kita juga akui semua mereka ini Dr Burhanuddin dan rakanrakannya serta Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Dato’ Onn (Umno) pejuang kemerdekaan,” katanya. 

Namun dua golongan ini (PKMM dan Umno) memperjuangkan kemerdekaan dengan dua cara yang berbeza, kata Mustafa. 

Perjuangan dimulakan oleh PKMM (Dr Burhanuddin dan rakan) dengan suatu penentangan secara total terhadap British, katanya. 

Sementara satu lagi cara oleh Dato’ Onn dan Tunku Abdul Rahman (Umno) yang dinamakan ‘Peaceful cooperations’ dengan taktiknya menjadi pegawai British, katanya, “Jangan nafi mereka ini (Dato’ Onn dan Tunku Abdul Rahman) pernah jadi pegawai British. Dato’ Onn pernah menjadi Menteri Besar Johor dan Tunku pegawai daerah. 

“Tetapi sejarah dihijack oleh Umno yang hanya kata pejuang kemerdekaan hanya pemimpin Umno, Jangan ketepikan dan nafikan perjuangan mereka yang lain yang dimulakan PKMM,” kata Mustafa lagi. 

Dalam konteks ucapan Mat Sabu termasuk contoh Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan negara, dan ini dibuktikan diakui oleh Buku Pengukir Nama Johor terbitan Yayasan Warisan Johor, katanya. 

Mereka yang dianggap pejuang kemerdekaan Johor (dalam buku tersebut) termasuk Mat Indera, diakui juga oleh ahli sejarah dan kerajaan Johor iaitu Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Ghani Othman, katanya lagi.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.