Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Kematian Aminulrasyid: Kpl Jenain didapati bersalah

Thursday, September 15, 2011



Koperal Jenain Subi, 49, hari ini didapati bersalah atas tuduhan menyebabkan kematian remaja Aminulrasyid Amzah yang ditembak mati di Shah Alam pada 26 April 2010.

Mahkamah Sesyen Shah Alam mendapati Jenain bersalah atas tuduhan tersebut mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum 30 tahun penjara.

Hakim Latifah Mohd Tahar mendapati Jenain melakukan perbuatan itu di antara jam 1.10 dan 2 pagi di Jalan Tarian 11/2, Shah Alam pada tarikh tersebut.

Katannya, pendakwaan telah berjaya membuktikan peluru yang menyebabkan kematian pelajar sekolah itu merupakan salah satu daripada 21 butir peluru yang ditembak oleh Jenain menggunakan selaras senapang submesin-gan pada malam itu.
Pendakwaan telah membuktikan demikian dengan melangkaui keraguan munasabah, katanya.
Menurutnya lagi, seorang pegawai polis sepatutnya tahu bahawa tembakan pada tetapan automatik itu adalah berbahaya dan boleh menyebabkan kematian.

WELL DONE !

Keputusan yang aku memang suka. Akan tetapi tidak adil jika hanya koperal jenan je didapati bersalah. Sepatutnya seluruh pdrm termasuklah si khalid abu bakar tue kena menghadapi hukuman gak sebab bersubahat menyembunyikan hal sebenar, siap ada orang keluarkan info palsu konon nya arwah ditembak oleh orang cina bagi mengelak ketegangan kaum maka polis yang terbabit disorokkan, last2 yang keluar dan didapati menembak ialah polis melayu.. bodoh! 

Kes macam neh pun pencacai umno sibuk nak selit dia punya fitnah. BODOH NAK MAMPOS. Siap nak saman + tangkap + ugut aku macam2 pasal group membela kematian aminulrashid tue lagi..  last2 memang terbukti arwah tidak bersalah. 

Dan kepada mereka yang suka amek mudah lepas menfitnah arwah sebagai penjenayah larh, anak jahat dan etc.. tunggu balasan Allah swt.. dunia atau akhirat. Aku tak suka umno pun takde larh aku nak fitnah segala bagai. Jauh sekali nak heret orang lain untuk percaya kepada persepsi aku.. bukan macam korang tulis berapi2, macam benda tue sahih.. last2, berkali2 kantoi akibat berbohong.. selagi pdrm tak minta maaf pada keluarga arwah akibat menfitnah arwah penjenayah sehingga menyebabkan arwah dan rakan arwah yang terselamat dicaci maki segala bagai.. selagi itu jangan nak mimpi kes neh selesai. Polis, ko bukan Nabi saw..so berhenti berfikir macam ko tue maksum. 

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.