Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Kes liwat: Permohonan Najib, Rosmah didengar Isnin

TERKINI @ 01:07:19 PM 29-09-2011
September 29, 2011
KUALA LUMPUR, 29 Sept — Permohonan Datuk Seri Najib Razak dan isterinya agar dikecualikan daripada menjadi saksi kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya akan didengar Isnin ini.

Mahkamah Tinggi menetapkan tarikh itu bagi membolehkan peguam Najib dan Datin Seri Rosmah Mansor menyediakan jawapan ke atas afidavit dikemukakan oleh Anwar semalam.

Peguam-peguam bagi Najib dan Rosmah memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa mereka hanya diberikan salinan afidavit pada pagi ini.

“Kami gembira jika mahkamah boleh memberi kami masa untuk mendapatkan arahan susulan daripada pelanggan kami dan bagi kami memfailkan afidavit balas,” kata peguam Datuk Ghazi Ishak.

Hakim Datuk Yusof Zainal Abiden kemudian menetapkan permohonan itu akan didengar petang Isnin ini.

Kandungan afidavit Najib dan isterinya tidak diketahui kerana peguam-peguam berkata mereka tidak diberi arahan untuk mendedahkannya.

Kedua-dua Najib dan Rosmah disepina bulan lalu.
Perbicaraan kes Anwar juga dijadual disambung semula Isnin ini.

1 orang berkata:

Anonymous said...

tuduh menuduh smpai ke sudah

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.