Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

LAIN KALI KALO KALAH DUDUK DIAM-DIAM

PRU: MIC tak akan serah, tapi sedia tukar kerusi

September 10, 2011
KLANG, 10 Sept – MIC sedia untuk bertukar kerusi diperuntukkan kepada parti itu dengan parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain pada pilihan raya umum ke-13.

Presidennya Senator Datuk G Palanivel berkata parti itu bersedia untuk bertukar mana-mana kerusi jika mempunyai sebab kukuh untuk berbuat demikian dan sekiranya ia boleh membantu BN memenangi kerusi itu.

“Kami tidak akan menyerahkan kerusi milik kami tetapi bersedia untuk berbincang mengenai pertukaran kerusi dengan parti komponen BN yang lain,” katanya selepas melancarkan seminar teknologi maklumat di sini hari ini.

Dipetik Bernama Online, Palanivel berkata, parti itu diperuntukkan sembilan kerusi Parlimen dan 19 kerusi kawasan Dewan Undangan Negeri pada pilihan raya umum lepas, pada 2008. Parti itu menang tiga kerusi Parlimen dan tujuh kerusi negeri.

Beliau yang sendiri tewas dalam pilihan raya umum 2008 di Hulu Selangor berkata, persediaan kini dibuat untuk merampas kembali semua kerusi yang parti itu kalah.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.