Letupan di Delhi: Sembilan terbunuh, hampir 50 cedera
07/09/2011 4:19pm
NEW DELHI 7 Sept – Sembilan orang terbunuh dan hampir 50 cedera dalam satu letupan di sebelah pagi di luar Mahkamah Tinggi di ibu negara ini hari ini, kata polis.
Insiden itu berlaku di luar pintu pagar ke kompleks mahkamah di mana ratusan orang sedang beratur untuk memasuki premis itu.
"Ia merupakan letupan antara medium dan intensiti yang tinggi dan menyebabkan lekukan yang dalam di tempat kejadian,” kata Setiausaha Dalam Negeri India, R.K. Singh India kepada media.
Bahan letupan itu dipercayai diletakkan dalam sebuah beg bimbit dan diletakkan berdekatan pagar.
Ini merupakan serangan bom kedua berdekatan mahkamah sejak empat bulan lepas. Pada Mei lepas, bom berintensiti rendah dibungkus dalam beg politena diletakkan di luar premis mahkamah. Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan. – Bernama
0 orang berkata:
Post a Comment