MCA TAK PERLU UJUD SEBAB GERAKAN DAN DAP SUDAH ADA ! LAGIPUN MCA ADALAH PARTI PERKAUMAN ! SELUPA UMNO !
MCA: Kami tetap tidak mahu jawatan kerajaan jika ditolak pengundi
September 06, 2011
KUALA LUMPUR, 6 Sept – Kepimpinan MCA kekal dengan pendirian tegas mereka mahu berada di luar Kabinet jika parti komponen Barisan Nasional (BN) itu memperlihatkan prestasi lebih buruk berbanding pilihan raya umum 2008, sebagai tanda menghormati komuniti Cina dan bukannya menghukum mereka.
Naib Presiden MCA Datuk Chor Chee Heung (gambar) memberitahu The Malaysian Insider bahawa keputusan itu, yang diputuskan pada mesyuarat jawatankuasa pusat baru-baru ini, menunjukkan pendirian rendah diri dan bersedia untuk menerima bakal keputusan dengan terbuka.
“Ideanya bukan menghukum pengundi Cina... tetapi lebih bersifat memaklumkan masyarakat umum, malah ahli-ahli MCA bahawa jika komuniti Cina tidak mahu MCA untuk mewakili mereka di Kabinet, maka kami tidak harus berada (di Kabinet) sama sekali,” kata ketika dihubungi.
Chor mengulas satu kenyataan pemimpin kanan Umno Datuk Seri Nazri Aziz, yang dibawa oleh The Malaysian Insider pagi ini bahawa adalah tidak adil untuk menghukum kaum Cina jika mereka tidak memberikan undi mereka kepada parti-parti komponen berorientasikan masyarakat itu dalam Barisan Nasional seperti MCA atau Gerakan.
Menteri itu berkata, jikapun MCA gagal memperoleh sekurang-kurangnya satu kerusi dalam pilihan raya umum ke-13, mereka seharusnya diberikan jawatan dalam kerajaan BN bagi memastikan semua kaum diwakili.
Chor, salah seorang menteri MCA dalam pentadbiran Najib buat masa ini berkata, bukan niat parti itu mahu membawa keluar wakil kaum Cina dalam kerajaan kerana parti itu bukan pihak yang berhak berbuat demikian.
Katanya, perdana menteri boleh melantik pemimpin-pemimpin wakil Cina dari parti-parti lain dalam BN.
“Kami akan menghormati kehendak-kehendak pengundi,” katanya. “Jika mereka mahu meletakkan pihak lain bagi menggantikan MCA, mereka boleh berbuat demikian... kami tidak boleh buat apa-apa, betulkan?” katanya lagi.
Ketua Pemuda MCA Datuk Dr Wee Ka Siong kelihatan bersetuju dengan rakannya itu sambil menegaskan, janji MCA untuk menolak jawatan kerajaan telah diterima oleh pemimpin-pemimpin akar umbi dan kepimpinan pusat parti.
Kata beliau, adalah penting pemimpin-pemimpin MCA memperoleh sokongan pengundi terlebih dahulu sebelum menentukan kementerian yang mana dan berapa anggota dalam jemaah menteri.
“Jika kita tidak boleh menang, bagaimana boleh mendapatkan jawatan dalam kerajaan?” katanya lagi.
Tambah beliau, resolusi oleh jawatankuasa pusat telah diterima ketika mesyuarat agung tahunan cawangan, bahagian dan konvensyen negeri.
Timbalan Menteri Pelajaran ini menambah, adalah penting bagi parti memberi tumpuan ke atas kerja keras bagi memenangi pilihan raya umum ke-13.
0 orang berkata:
Post a Comment