Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MAT SABU MUNGKIN AKAN MEMBURAIKAN SIAPA KOMINIS DIDALAM UMNO DIZAMAN TUN RAZAK



Mat Sabu: Perjuangan menuntut merdeka bukan hanya dipelopori UMNO

Mohamad Sabu | Sep 02, 2011 03:16:11 pm



1. Sebelum menyertai PAS pada Mac 1978, saya telah berkecimpung dalam ABIM.  Di dalam Parti Islam PAS saya telah memegang berbagai-bagai jawatan dan kedudukan samada sebagai AJK dewan pemuda PAS pusat, pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, AJK PAS Pusat, Naib Presiden dan sekarang sebagai Timbalan Presiden PAS.

2. Sepanjang penglibatan saya dalam PAS, di antara tokoh idola saya ialah Jamaludin Al-Afghani, Syed Qutb, Hassan Al-Banna, Imam Khomeini, Omar Mokhtar, Dr. Burhanuddin Al-Helmi dan tokoh-tokoh ulama' dan cendekiawan Islam.

3. Saya pernah ditahan sebanyak dua kali di bawah tahanan ISA.  Antara tuduhan ialah sebagai pelampau agama.

4. Adapun tokoh-tokoh lain seperti Lenin, Mahatma Gandhi, Abraham Lincoln, Jamal Naser, Sukarno, Kamal Attarturk, Ho Chi Minh dan lain-lain yang disebut oleh saya adalah sebagai sejarah perjuangan rakyat dan kejayaan mereka sebagai contoh perbandingan.

5. Tuduhan terhadap saya, secara kasar dari 27 Ogos hingga ke hari ini, 2 September sebagai penyokong komunis dan hendak mendewakan fahaman komunis amat keterlaluan dan menjijikkkan.  Segala tohmahan ini untuk memburukkan saya dan parti saya (PAS).

6. Tuntutan BERSIH 2.0, lapan perkara telah membongkar penyelewengan daftar pemilih (electoral role) dan lain-lain kepincangan.  SPR dan kerajaan BN telah dan sedang berada "di kandang orang salah" menurut pandangan rakyat.

7. Pemimpin UMNO dilihat merasa gusar dan panik apabila sejarah perjuangan kemerdekaan mula diketahui oleh rakyat jelata khususnya generasi muda.  Perjuangan menuntut kemerdekaan bukan hanya dimiliki dan dipelopori oleh UMNO sahaja.

8. Isu komunis sengaja ditimbulkan oleh akhbar milik UMNO untuk mengalih pandangan rakyat dari menumpukan hal pilihanraya yang bersih dan kenaikan harga barang (inflasi) yang sedang melanda negara.

9. Kebebasan media (cetak, pandang, dengar) yang hampir tidak ada di Malaysia membolehkan propaganda BN berjalan tanpa dapat disanggah dengan berkesan oleh pihak yang dituduh atau difitnah.

*Kenyataan akhbar oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (gambar kiri) pada 2 September 2011.

Pak Karamu
Politik  UMNO sekarang sedang mencari dan menilai  berbagai isu yang diutarakan oleh pimpinan PAKATAN RAKYAT supaya setiap isu dapat diputar belitkan dan dijadikan modal politik  untuk menarik perhatian rakyat supaya rakyat kembali menyokong perjuangan mereka, ternyata segala putar belit mereka memakan diri mereka sendiri kerana isu yang diputar belitkan itu sebenarnya telah menjadi amalan mereka terlebih dahulu

Isu yang dibawa oleh Mat Sabu dengan Mat Indera dan fahaman kominisnya disangka oleh UMNO dapat menghakiskan sokongan rakyat terhadap PAS dan PAKATAN RAKYAT apabila UMNO menyerang dan membuat tuduhan terhadap Mat Sabu sebagai cenderung kepada fahaman kominis ternyata mengundang padah kepada UMNO sendiri yang mana rakyat rata-rata dapat menilai pendirian Mat Sabu dan PAS setelah ramai pehak membongkar tokoh-tokoh perjuangan orang yang menentang penjajah British sebelum Merdeka

Seingat Pak Karamu belum terdapat diantara pimpinan PAS yang terlibat dengan fahaman kominis akan tetapi fahaman kominis telah melanda beberapa menteri UMNO sendiri seperti Abdullah Ahmad dan rakan-rakannya dizaman Tun Razak, hal ini belum lagi disentuh oleh Mat Sabu dalam mempertahankan dirinya dari serangan media UMNO, jika hal ini disentuh maka orang UMNO sendiri mungkin ramai akan meninggalkan UMNO tambahan pula UMNO sekarang dalam keadaan nazak menunggu untuk ditalkinkan

UMNO sekarang ibarat kayu yang sedang dimakan oleh anai-anai, diluarnya nampak cantik akan tetapi didalamnya sudah busuk dan mereput dan menunggu masa untuk tumbang menyembah bumi sekalipun demikian UMNO masih lagi bersuara garang akan tetapi bersifat sumbang dan tidak langsung meyakinkan rakyat tambahan pula suara UMNO tidak datang dari pimpinan yang sedang berkuasa pada ketika ini, suara UMNO hanya datang dari tukang karut yang telah bersara yang merasakan UMNO bukan berdasarkan United Malay nasional organisation akan tetapi United Mamak Nasional Organisation, faham kan ?


0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.