04 September 2011
Umno Johor ayuh bela Mat Indera jangan biarkan Allahyarham di hina
Media menuduh Mat Indera dengan macam-macam tuduhan. Namun Kerajaan Negeri Johor mengiktiraf Mat Indera sebagai seorang Pejuang dan banyak berjasa kepada negeri tersebut.
Gambar sebelah menunjukkan Ketua Dewan Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kayat dan adik Allahyarham Mat Indera.
Usaha Suhaizan harus dipuji bagi mendapatkan maklumat sebenar siapa Mat Indera sebenarnya.
Kita sedang menunggu reaksi dari kerajaan negeri, Umno dan Pemuda Umno negeri Johor. Apakah mereka akan membela Allahyarham Mat Indera atau turut sama bersekongkol dengan media dan Umno menghentam dan menghina Mat Indera.
Media bukan main hebatnya mencari waris anggota Polis British untuk memainkan isu pejuang kemerdekaan dan sebagainya. Namun Ketua Pemuda PAS Johor bertemu dengan adik Mat Indera bertanyakan tentang Mat Indera.
Ayuh kerajaan Johor, Umno dan Pemuda Umno Johor zahirkan reaksi anda !!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Related Articles :
0 orang berkata:
Post a Comment