Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MINDA ORANG UMNO TELAH DIJAJAH


Ahad, 11 September 2011

Umno mewarisi sikap penjajah

GOMBAK, 11 Sept ─ Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yang menjadi serangan Umno terus-menerus sejak tiga minggu lalu berkata, parti Melayu kebangsaan itu mewarisi sikap penjajah yang menghukum sesiapa sahaja yang menentang mereka. 
 
Bercakap pada ceramah Negara Berkebajikan: Tawaran PAS malam tadi, Mohamad (gambar) berkata, beliau sedih apabila dituduh mengagung-agungkan komunis.
 
“Saya dulu pernah ditahan ISA atas tuduhan pelampau agama, walaupun sudah lebih 30 tahun saya melalui jalan yang mendokong perjuangan Islam, bersama-sama mendokong kepimpinan ulama yang bermula pada 1983, berada di sini sehingga sekarang sebagai timbalan presiden, terus mendokong dasar Islam, tiba-tiba sekarang dituduh komunis... tak sedihkah? Jahat sungguh,” kata beliau.
 
“Tuduhan ini bukan perkara baru, pemimpin kita yang berjuang lebih awal dituduh dengan pelbagai tuduhan termasuk pengganas sehingga orang seperti Ustaz Abu Bakar Al-Baqir dilabel sebagai penjahat ditangkap dan diletakkan di Pulau Jerejak, begitu ulama yang lain yang menerima tuduhan seperti itu oleh penjajah.
 
“Dan, serangan penjajah Umno mewarisinya. Apa punca jadi begini? Saya amat cintakan tanah air, kita berada di Malaysia tanah tumpah darah,” katanya.
 
Mohamad yang lebih dikenali “Mat Sabu” menegaskan, apa yang dibangkitkan dalam ceramahnya di Bukit Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu adalah rasa terkilan melihat ramai rakyat tidak menyambut seruan meraikan ulang tahun Hari Kemerdekaan.
 
“Saya melihat makin tahun orang tak sambut hari Merdeka, saya dah bercakap hal ini 10 tahun kebelakangan ini, menjelang Hari Merdeka kawan-kawan dah boleh hafal apa yang saya mahu katakan. Cuma tahun ini cukup ketara, pemerintah melalui televisyen, radio dan akhbar menyuruh rakyat meletakkan bendera untuk tanam sifat patriotik sambut Merdeka, saya lihat tiada orang pun yang buat.
 
“Kenapa rakyat tidak sambut? Ini bukan pasal ucapan saya di Pulau Pinang, saya sebut perayaan Merdeka sudah jadi perayaan Umno, bukan perayaan rakyat Malaysia,” katanya.
 
PAS. terutamanya timbalan presiden Mohamad telah diserang pemimpin-pemimpin Umno kerana didakwa mengagung-agungkan komunis.
 
Dalam ceramahnya Mohamad berkata bahawa pejuang kemerdekaan telah melancarkan serangan di balai polis Bukit Kepong — membunuh 25 orang — semasa pemberontakan komunis pada 1950.
 
Beliau juga mengatakan Ahmad Indera atau Mat Indera — salah seorang individu yang dipujinya ketika ceramah itu telah dikatakan sebagai seorang pejuang kemerdekaan. Menurut Mohamad, sambutan Hari Kemerdekaan akan menjadi lebih bermakna sekiranya tokoh-tokoh kemerdekaan lain diletakkan sebaris dengan pemimpin Umno.
 
“Saya kata kalaulah meletakkan Tunku Abdul Rahman dan Dato Onn Jaafar, silakan... letakkan bersama tokoh-tokoh lain seperti Burhanuddin al-Helmy, di samping Pak Sako, Ahmad Bustamam, Abu Bakar Al-Baqir dan lain-lain, kalau ini RTM ceritakan semua tokoh-tokoh kemerdekaan.
 
“Semua akan rasa terpanggil, Umno, PAS dan pemimpin berhaluan kiri untuk merayakan Hari Merdeka. Ini tidak, bila Merdeka yang dipamerkan tokoh Umno maka Umnolah yang sambut,” katanya menambah sejarah kemerdekaan negara perlu ditulis semula.
Bagaimanapun beliau percaya Umno tidak akan melakukan perkara yang boleh membongkar kembali sejarah kemerdekaan negara.
 
“Sejarah kemerdekaan ini perlu diperbetulkan semula, ingat Umno nak perbetulkankah sejarah tanah air kita? Melainkan kita mengambil alih pentadbiran kerajaan.
 
“Nanti kalau Umno tulis semula sejarah, macam-macam akan terbongkar,” katanya. Tambah Mohamad, beliau masih berniat mahu berdebat dengan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung tragedi Bukit Kepong dan sejarah kemerdekaan negara.
 
“Perkara ini jadi heboh sampailah timbalan presiden Umno minta saya bertaubat, kemudian datanglah Khairy Jamaluddin ajak saya berdebat, saya tengok balik Khairy nak cabar saya, bagi saya Khairy ini budak baik... dia berpontensi untuk jadi pemimpin PAS masa depan, kenapa saya nak berdebat dengan Khairy? Yang maki saya timbalan presiden Umno, biarlah dia berdebat dengan saya,” katanya.TMI

2 orang berkata:

Anonymous said...

Tuan,

Nampaknya bloger yang menyokong PR dah melupakan isu penipuan dan penyelewengan SPR, JPN tentang senarai daftar pengundi. UMNO/BN nampaknya telah berjaya menipu dan mengalihkan isu. Senangnya nak tipu.
Macamana PR nak menang pada PRU 13???

1Crony said...

Biarlah UMNO dan SPR nak tipu walau bagaimanapun. Balasan tuhan pasti akan datang juga kepada mereka. Selagi nama manusia mereka tidak akan lepas dari kawalan dan pemerhatian Tuhan, sepanjang manakah usia mereka ini? sekurang-kurangnya nanti kita boleh melihat bahawa anak cucu cicit mereka juga yang menderita dan ditindas kerana sikap "menjaga tembolok" yang mereka amalkan semasa berkuasa. Adakah perjanjian bahawa anak dan cucu cicit mereka tidak menerima tempias atas perbuatan bapa atau datuk mereka? Sebagai contohnya aku sendiri bilamana bapa (arwah) seorang kuat UMNO semasa hayatnya dan amat baik dengan bekas Presiden Gerakan (Dr Lim Kim Yeak). Apa sahaja yang UMNO buat semuanya menjadi kiblat. Tetapi kini aku sebagai keturunannya menghadapi tekanan hidup dan terkesan oleh pemerintahan UMNO yang menekan dan menzalimi rakyat. Begitu juga saudara mara yang lain. apakah itu bukan suatu pembalasan kerana melanggar hukum alam dan hukum Tuhan(menyokong kezaliman/korupsi)?

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.