Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PEJUANG KEMERDEKAAN


Ahad, 4 September 2011

Pejuang Kemerdekaan: Ahmad Boestamam (1920-1983



12-26-20067-35-51pm_0002.jpgAhmad Boestamam adalah nama yang tak asing di Malaysia. Nama sebenar beliau ialah Abdullah Sani Raja Kechil. Nama beliau tak dapat lari daripada dikaitkan dengan gerakan kemerdekaan Tanah Melayu. 
 
Buku-buku sejarah yang digunakan di sekolah-sekolah di Malaysia tak begitu banyak menceritakan tentang Ahmad Boestamam. Seharusnya tokoh yang sebegini besar sumbangan dan pengorbanan terhadap usaha untuk memerdekan negara harus ada satu muzium atau tugu untuk memperingati beliau.

Tapi di Malaysia begitulah, oleh kerana UMNO dan Barisan Nasional mahu memonopoli sejarah kemerdekaan negara, pejuang-pejuang yang tak sehaluan dengan mereka dipinggirkan. Tambahan lagi dengan “momok” anti komunis yang berjaya mempengaruhi sebahagian besar rakyat Malaysia. Ini lebih memudahkan bagi mereka (baca: kerajaan Barisan Nasional) untuk menguasai sejarah kemerdekaan negara.

Tahun ini ialah ulang tahun ke 50 Malaya merdeka (Malaysia ditubuhkan pada 16 September 1963). Jadi rasanya eloklah sedikit sebanyak diperkenalkan kembali pejuang-pejuang awal yang membangunkan gerakan kemerdekaan di Tanah Melayu kepada generasi muda di Malaysia.

Kepada yang belum mengenali Ahmad Boestamam, sila klik disini atau dapatkan buku “Memoir Ahmad Boestamam: Merdeka Dengan Darah dalam API” disini.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.