Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PENGUMUMAN KP HILANG

300 keping pelbagai kad ditemui

17/09/2011 4:03pm

ALOR SETAR - Hampir 300 keping kad yang terdiri daripada kad pengenalan, kad ATM dan lesen memandu dijumpai di tepi jalan dan di dalam tali air sepanjang kira-kira 200 meter berhampiran Kompleks Belia dan Sukan di Jalan Suka Menanti di sini hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Setar, Supritendan Baharom Abu berkata, antara kad yang dijumpai ialah 102 keping kad pengenalan, 51 keping kad ATM, 126 keping lesen memandu dan 19 keping lain-lain kad.

"Kita percaya kemungkinan kad-kad ini dibuang oleh penjenayah semasa hujan lebat dua tiga hari lepas dan kita akan kesan penjenayah itu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. 

Beliau berkata, kad-kad itu kemungkinan dicuri dari kes ragut, pecah rumah dan pecah cermin kereta.

"Kad-kad pengenalan bukan sahaja dari negeri ini tetapi ada juga yang pemiliknya beralamat dari negeri-negeri lain berhampiran Kedah.

"Ini adalah penemuan barang-barang kes daripada laporan yang dibuat oleh orang ramai yang kehilangan kad-kad tersebut,” katanya. 

Baharom berkata, sesiapa yang kehilangan kad-kad berkenaan diminta tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar untuk membuat tuntutan.

Seorang penduduk kampung berkata penduduk turut menyedari tentang kad-kad itu yang bertaburan di tepi jalan, tepi tebing dan dalam tali air sejak semalam. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.