Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

RTM MEMANG MEDIA UMNO





RTM medium rakyat, bukan perkakas Umno-BN

Posted on Sunday, September 04 @ 19:00:00 PDT by paktam

RADIO Televisyen Malaysia (RTM) mesti keluar daripada terus menjadi perkakas phttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiNHOSnNLCbeo7vAJHMGxDIq3fqHAbTtmJBYloo9ZUKE6p3S5wEAZw3YDaZ3tycYU0k-YvGqVNZhzFLZ3Npm_X5Oy4KpeQN8trlY0t_07t_M8DRL5VisyQn6Y29fEeSKgo0rLBZu04G9Wcx/s320/rtm-logo.jpgropaganda rejim Umno-BN kerana ia adalah agensi kepunyaan rakyat, tegas Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin.
 
Menurutnya, RTM merupakan agensi kerajaan yang dibiayai duit kutipan cukai daripada rakyat dan bukan seperti media lain yang ditanggung oleh pihak tertentu.


Katanya, kini RTM hanya menjadi alat propaganda oleh rejim parti pemerintah sehingga menyebabkan kebebasan media di negara ini semakin teruk.

Badrul Hisham yang dikenali sebagai Cikgu Bard, menegaskan, tidak salah jika RTM menyampai dasar kerajaan dan menjadi mata telinga rakyat tetapi menyiarkan propaganda dan menyerang pihak tertentu merupakan tindakan tidak profesional.

Propaganda keterlaluan katanya, boleh menimbulkan pepecahan dalam masyarakat dan ini juga akan menyebabkan pembinaan bangsa gagal mencapai matlamatnya. “Sebenarnya manamana media propaganda seperti ini wujud dalam negara diktator.

“Kita boleh ukur sejauh mana rejim itu bermasalah dengan sokongan rakyat, bergantung kepada penggunaan media propaganda dimiliki kerajaan dipergunakan,” katanya kepada Harakah.

Beliau memberi contoh hujung era pemerintah Libya, Muammar Gaddafi bagaimana media arus perdana yang dikuasai kerajaan telah dipergunakan sepenuhnya untuk menyebarkan propaganda dan pembohongan.

Bagaimanapun katanya, rakyat tetap bangkit untuk menjatuhkan mereka apabila pembohongan itu telah sampai ke tahap melampau.

Sikap sebegini ada persamaannya dengan RTM yang menggambarkan regim pemerintah semakin kalut untuk mempertahankan sokongan rakyat.

Cikgu Bard berkata, penglibatan RTM berkempen dalam pilihan raya di negara untuk memenangkan Umno-BN merupakan penyelewengan dana dan hak rakyat yang tidak sepatutnya dilakukan oleh sebuah kerajaan demokrasi yang mengaku adil.

Liputan RTM juga selalu memburukkan pembangkang dan memberi imej baik hanya kepada pemerintah, ujarnya.

RTM tidak memberi penerangan yang jelas Manifesto Pakatan Rakyat sebaliknya memberi liputan yang luas hanya terhadap Manifesto BN semata-mata dan ini menimbulkan permainan di padang yang tidak rata.

Negara yang telah mencapai kemerdekaan lebih 50 tahun, tetapi Umno-BN masih gagal membezakan RTM sebagai media rakyat sebaliknya menganggap media itu milik Umno-BN, katanya. 

Cikgu Bard mendesak agar kerajaan memberi peluang Pakatan Rakyat juga dibenarkan mempunyai televisyen, radio dan media elektronik sendiri jika mereka benarbenar telus dan adil.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.