Gambar Bekas Pengganas Komunis Sembahyang Raya Di Selatan Thailand...
Pemimpin dan bekas perajurit Rejimen Ke-10 yang menetap di Kampung Perdamaian Sukhirin menyambut hari lebaran Aidilfitri dengan menunaikan sembahyang raya di Masjid Darul Aman. Mereka disifatkan oleh Kerajaan Malaysia (UMNO - BN) sebagai "pengganas komunis" dan "tidak beragama". Dalam dalam perutusan khas Hari Raya Aidilfitri dan Hari Kemerdekaan ke-54 Pak Najib berkata: "Kita berasa kesal kerana mereka sebaliknya pula memperagungkan Parti Komunis Malaya yang anti Tuhan, anti agama dan anti Nasional," (baca sini)
Abdullah C.D. yang menjadi penaja dan pemimpin Rejimen Ke-10 pernah menjadi Setiausaha Cawangan KMM (Kesatuan Melayu Muda) Lambor dan pernah menjadi anggota Jawatankuasa Pusat PKMM (Parti Kebangsaan Melayu Malaya) sebelum penjajah British mengisytiharkan Undang-Undang Darurat mengharamkan PKMM dan PKM pada tahun 1948.
Abdullah C.D. (kiri) dan Awang Yaakob (kanan) yang merupakan seorang komander kompeni Rejimen Ke-10 |
Anak-anak bekas perajurit menerima wang hari raya |
Sebagaimana setiap hari raya, rumah Abullah C.D. dikunjungi rakan seperjuangan dan keluarga masing-masing |
Abdullah C.D. bergambar dengan rakan seperjuangannya setelah selesai solat Aidilfitri |
0 orang berkata:
Post a Comment