Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TUN DAH TUA JANGAN MELATAH !

Dr M: Saya tiada kaitan dengan Penawar didakwa desak Najib undur

September 10, 2011
KUALA LUMPUR, 10 Sept — Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan beliau tidak terlibat dalam Persatuan Bekas-bekas Wakil Rakyat Umno (Penawar) yang awal bulan lalu didakwa menggerakkan usaha memaksa Datuk Seri Najib Razak agar berundur.

Penawar yang diketuai oleh bekas Ahli Parlimen Shah Alam dan bekas setiausaha politik Dr Mahathir, Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin telah pun menafikan dakwaan sedemikian sebulan lalu.

Sehubungan itu, Dr Mahathir (gambar) menegaskan beliau tidak tahu adanya gerakaan seumpama itu dan sekiranya ada beliau sama sekali tidak terlibat.

“Saya tak ada di belakang tu. Orang sebut nama saya selalu. Apa juga yang berlaku semua kata saya duduk di belakang. Saya duduk di belakang semua orang mesti ada 1,000 Dr. Mahathir, baru boleh duduk di belakang 1,000 orang. Penawar, Penawar lah. Dia nak buat apa, dia buatlah,” kata beliau dalam temu bual bersama saluran Astro Awani yang disiarkan hari ini.

Jelas Dr Mahathir, beliau juga sebelum ini dikaitkan di belakang Perkasa yang diketuai oleh Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali. Beliau merupakan penaung pertubuhan bukan kerajaan membela hak orang Melayu itu.

Bagaimanapun katanya, beliau bukan ahli Perkasa, sebaliknya hanya memberi pendapat mengenai orang Melayu dan Bumiputera yang masih perlu dibela.

Menurut bekas presiden Umno ini, beliau tidak hairan namanya selalu dibabitkan sama dan itu sudah banyak kali berlaku.

“Semua orang kata macam itulah, pasal hendak cari apa lagi, tak ada alasan lain. Mungkin kata saya ini belakang (Timbalan Presiden PAS) Mat Sabu pun. Saya tak ada kuasa hendak tahan orang yang mengguna nama saya,” katanya.

Dalam satu kenyataan pada 4 Ogos lalu, Penawar menafikan laporan blog bahawa pihaknya telah memutuskan untuk meminta Najib meletakkan jawatan sebagai perdana menteri dan presiden Umno.

Aziz berkata Penawar yang ditubuhkan pada Disember 2009 tidak pernah meminta agar Najib berundur.

Najib menjadi perdana menteri dan presiden Umno sejak awal 2009. “Saya sama sekali menafikan kenyataan itu,” kata beliau sambil menambah, pada mesyuarat diadakan 29 Julai lalu Penawar tidak pernah membuat sebarang keputusan mahu menggesa agar Najib meletakkan jawatan.

“Sebarang bentuk persepsi yang salah harus dibetulkan,” kata beliau bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah dalam Kabinet Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Penawar didakwa telah mendesak Najib supaya meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri atas alasan terlalu lemah dan tidak dapat menyelesaikan beberapa masalah termasuk masalah negara.

Ia dikatakan dihadiri oleh bekas anggota jemaah menteri Datuk Mokhtar Hashim dan Tamrin Ghaffar iaitu anak bekas timbalan perdana menteri, dan adik kepada timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Aziz menegaskan beliau ragu-ragu ‘gelombang mahu menggulingkan’ kepimpinan mula wujud dalam Umno.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.