Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

DUIT DEME, NAK BUAT MACAM MANA ?



MB Terengganu berbelanja besar

Posted on Thursday, November 17 @ 00:09:50 PST by paktam

Oleh SYED AZMAN SYED AHMAD

SAYA berkesempatan meneliti Laporan Ketua Audit Negara yang melibatkan negeri Terengganu bhttp://rottenmilk.files.wordpress.com/2010/11/ahmad-said.jpgagi tahun 2010.Laporan yang dibentangkan kepada Jawatankuasa Kirakira Awam Negara (PAC) itu merangkumi Penyata Kewangan dan Pengurusan Kewangan Jabatan serta Aktiviti Jabatan dan Pengurusan Syarikat Kerajaan.


Ketua Audit Negara menyarankan kerajaan Negeri merancang perbelanjaan dengan cekap dan berhemah selaras dengan dasarnya tanpa menjejaskan mutu perkhidmatan dan pembangunan ekonomi negeri.

Antara yang perlu diberikan perhatian adalah Laporan Penyata Kewangan Kerajaan Negeri yang masih memberi gambaran betapa tingginya ‘perbelanjaan tahunan’ kepimpinan MB Dato’ Seri Ahmad Said berbelanja dengan tanggunggan ‘defisit’ (lebihan perbelanjaan):
1. Perbelanjaan mengurus kerajaan Terengganu pada 2010 adalah antara yang tertinggi di seluruh negara iaitu RM1,690.22 juta. Ini adalah suatu jumlah yang jauh lebih tinggi berbanding dengan negeri-negeri maju seperti Selangor, Johor dan Pulau Pinang.

2. Kedudukan kewangan Kerajaan negeri pada 2010 di bawah Akaun Hasil Disatukan telah mencatakan surplus sejumlah RM202.73 juta namun baki defisit terkumpul masih berada di tahap yang amat tinggi iaitu RM496.28 juta.

3. Kerajaan negeri telah mengalami penurunan wang tunai sejumlah RM166.79 juta atau 69.4% menjadi RM73.66 pada 2010 berbanding RM240.45 juta pada 2009.

4. Penyumbang utama hasil kerajaan Negeri bagi tahun 2010 masih lagi ‘Terimaan Dana Khas daripada Kerajaan Persekutuan berjumlah RM1,600 juta. Ini merupakan hasil ‘royalti minyak’ yang disalurkan dalam bentuk bantuan Dana Khas.

Analisis Audit juga mendapati pada 2010 Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri mencatatkan perbelanjaan paling besar iaitu berjumlah RM845.65 juta. Ini merupakan peningkatan perbelanjaan sejumlah RM280.31 juta atau 49.6% berbanding tahun 2009 yang berjumlah RM565.34 juta. Peningkatan ini adalah bagi membiayai perbelanjaan pembangunan seperti berikut;

i. Kompleks Istana Baru di Bukit Chendering Kuala Terengganu berjumlah RM104.02 jutaii.Pembinaan jalan dan jambatan dari Jeram ke Kg Tok Kong berjumlah RM80 jutaiii.Kemudahan Prasarana penbangunan serta pembasmian kemiskinan berjumlah RM120 juta.Begitu juga dengan aktiviti pembalakan di negeri Terengganu.

Laporan Audit mendapati berlakunya peningkatan aktiviti pengeluaran kayu balak yang amat ketara iaitu sejumlah 255,748 meter padu daripada 304,388 meter padu pada 2009 kepada 560,137 meter padu pada 2010.

Manakala hasil Royalti Kayu Kayan yang diperolehi oleh kerajaan negeri pada 2010 adalah amat rendah iaitu RM7.07 juta sahaja. Ya, balak-balak ini untuk apa dan untuk siapa?

Laporan Audit juga telah dapat mengesan beberapa kelemahan yang ketara dalam perancangan, pelaksanaan dan pemantauan oleh jabatan/ agensi Negeri Terengganu pada tahun 2010. 

Antara kelemahan yang ditemui adalah seperti kelewatan pengagihan bantuan kepada pelajar, imbuhan tetap perumahan dan bantuan sara hidup yang masih dibayar kepada pegawai yang menduduki kuarters kerajaan, dokumen teknikal yang tidak dibekalkan, tunggakan bayaran balik pinjaman, tunggakan hasil air, kelewatan menyiapkan pembinaan bangunan dan pambinaan lebuh raya yang tidak disiapkan mengikut jadual ditetapkan.

Namun, ‘pengkhianatan dan penyelewengan’ paling ketara adalah program bantuan pakaian dan alatan sekolah antara 2008- 2010 yang berjumlah RM28.47 juta. 

Kajian Audit mendapati bahawa proses rundingan harga telah tidak mematuhi garis panduan dan kontrak formal antara kerajaan dan pembekal tidak ditandatangani. 

Tiada pilihan! Seluruh warga Terengganu yang sayangkan ‘negeri cantik budaya menarik’ ini mesti berusaha keras menolak secara ‘total’ kepimpinan Ahmad Said yang terus berbelanja besar di tengah-tengah kesempitan dan keperitan hidup golongan marhaen yang hanya mengharapkan sesuap nasi bagi menampung keperluan keluarga yang miskin.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.