Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

UMNO IKUTI JEJAK PAS

Calon luar: Umno serah perwakilan nilai idea Najib

November 17, 2011
 
KUALA LUMPUR, 17 NovUmno menyerahkan kepada perwakilannya hujung bulan ini sama ada bersedia menerima strategi Barisan Nasional (BN) mahu menurunkan calon-calon ‘payung terjun’ atau ‘orang luar’ ― selaku barisan calon boleh menang ― bertanding pilihan raya umum ke-13, kata ketua penerangannya hari ini.

Menurut Datuk Ahmad Maslan, beliau berharap para perwakilan akan mencadangkan isu calon orang luar ketika perhimpunan agung Umno di sini hujung bulan ini.

“Mereka bebas buat sebarang cadangan. Terserah kepada pucuk pimpinan untuk menerima cadangan itu atau tidak,” kata beliau ketika ditemui pada sidang media sempena Seminar Kebangsaan Pemahaman Wasatiyyah dan 1Malaysia, yang akan diadakan hujung minggu depan.

Meletakkan orang luar sebagai calon BN bukan perkara baru bagi Umno selaki parti teras BN. Misalnya, Datuk Hassan Adli yang merupakan bekas timbalan presiden PAS, yang memenangi kerusi Parlimen Bagan Datoh pada 1974 diletakkan sebagai calon BN empat tahun kemudian walaupun tidak menyertai Umno.

Jika trend ini diamalkan oleh BN pada pilihan raya umum akan datang, ramai calon luar mungkin diletakkan sebagai calon BN seperti Datuk Ibrahim Ali di Pasir Mas yang kini merupakan wakil rakyat Bebas.

Menurut Ahmad lagi, Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak sudah menegaskan bahawa pemilihan calon “tidak semestinya kalangan ahli jawatankuasa Umno bahagian, tidak semestinya lulusan universiti asalkan calon itu boleh menang.”

Katanya, “kita lihat bagaimana perdana menteri memilih calon pilihan raya kecil di Galas, bukan lulusan universiti tetapi boleh rampas kembali DUN Galas.”

“Begitu juga di Batu Sapi yang hanya meletakkan isteri bekas wakil rakyat boleh menang. Di Tenang, anak bekas wakil rakyat boleh menang, begitu juga anak bekas wakil rakyat mampu mempertahankan kerusi DUN Merlimau. Di Kerdau pula, lulusan dari Mesir boleh menang,” katanya.

“Ini bermakna pelbagai kriteria yang digunakan Najib dalam pemilihan calon BN,” katanya lagi sambil mengalu-alukan cadangan yang baik supaya BN terus menang dalam pilihan raya.

Katanya, terpulang kepada Najib untuk membuat keputusan sama ada mahu mengambil orang luar sebagai calon BN ataupun sebaliknya.

Bercakap mengenai Seminar Kebangsaan Wasatiyyah dan 1Malaysia, Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian berkata, dua orang yang akan menyampaikan kertas kerja ialah Presiden Just Dr Chandra Muzaffar dan bekas ketua pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia Datuk Dr Syed Ali Tawfik Al attas.

“Ada yang mengatakan wasatiyyah itu adalah kesederhanaan dan ada pula yang mengatakan ia adalah perimbangan atau pertengahan. Ini bermakna ia tidak ekstrem ke kiri atau ke kanan,” jelasnya.

Lebih 600 peserta dijangka menghadiri seminar yang akan dirasmikan oleh Najib.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.