Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

GADAI TAK PE ORANG MELAYU BAIK-BAIK BELAKA


Pemilik asal terlepas, Kampung Baru akan tergadai

Posted on Wednesday, November 16 @ 23:48:18 PST by paktam

Oleh SAFAR JUMAAT

ISU pembangunan Kampung Baru sebenarnya isu lama.Tetapi kenapa baru kini ia timbul http://starstorage.blob.core.windows.net/archives/2008/8/27/central/m_02kgbaru.jpgkembali? Apakah kerana Parlimen Titiwangsa yang selama ini dikuasai BN, tiba-tiba, dalam Pilihan Raya Umum ke 12 (PRU12), Mac 2008, ia terlepas ke tangan PAS menyebabkan Umno dan BN tidak boleh tidur malam dibuatnya?

Sebenarnya, pemilik tanah Kampung Baru tidak yakin dengan hasrat Umno-BN mahu membangunkan Kampung Baru.


Malangnya, pemilik tanah Kampung Baru mempunyai keyakinan yang terlalu kurang terhadap kerajaan, lebih-lebih lagi Umno kerana mereka tahu bahawa banyak tanah di luar sana, termasuk Bukit Botak di Selayang dan banyak lagi, hanya cerita yang digembar-gemburkan menjelang pilihan raya. Wajah-wajah mereka yang memegang jawatan dalam Umno bukan tidak mereka kenal.

Mereka cukup kenal dan mereka cukup tahu. Mereka mempunyai kepakaran yang cukup mendalam untuk menggadai dan akhirnya pemilik tanah Kampung Baru akan terlepas segala-galanya.

Yang lebih pelik, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Dato’ Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin kelihatan mahu menjadi hero Kampung Baru. Kehadirannya tidak dialu-alukan kerana mereka tahu rekodnya, Raja Nong Chik tidak pernah bertanding dalam pilihan raya dan tidak pernah menjadi Timbalan Menteri sebelum dilantik menjadi Menteri Kabinet.

Apakah yang boleh beliau pegang ketika berhadapan denga pelbagai isu sekarang? Perdana Menteri, bermula dari zaman Tun Dr Mahathir Mohamad, Abdullah Ahmad Badawi dan kini Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak menjadikan Kementerian Wilayah Persekutuan ini sebagai ‘tidak penting’ kerana menterinya sekejap ada dan sekejap tidak ada.

Ada ketika tertentu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri ditugaskan menjaga Wilayah Persekutuan dan ada ketika lain, diwujudkan jawatan Menteri Wilayah Persekutuan. Apakah Wilayah Persekutuan tidak memerlukan seorang menteri dan apakah Wilayah Persekutuan bukan sebuah ‘negeri’ yang tidak perlu diberikan fokus di dalam membangunkannya?

Raja Nong Chik adalah Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai. Masalah di bahagiannya sendiri masih tidak berjaya diselesaikan, setelah sekian lama Parlimen Lembah Pantai di wakili Dato’ Seri Shahrizat Abd Jalil, menggantikan Mohd Kamal Hussein yang digugurkan.

Shahrizat bukan aktif di Lembah Pantai sebelum ini dan beliau merupakan Ketua Pergerakan Wanita Umno Bahagian Kepong. Selepas PRU12, beliau yang tewas di Lembah Pantai di tangan Nurul Izah Anwar, kelihatan tidak mahu langusng turun ke Lembah Pantai kerana ‘merajuk’.

Kenapa Perdana Menteri melantik Raja Nong Chik sebagai Menteri Wilayah Persekutuan tidak perlu dipersoalkan kerana itu haknya. Tetapi mengapa Najib menggugurkan Dato’ Seri Zulhasnan Rafique sebagai Menteri Wilayah Persekutuan sering menjadi topik perbincangan orang-orang politik.

Untuk catatan; hanya Zulhasnanlah satu-satunya calon BN yang menang di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sedangkan yang lain-lain, semuanya tewas.

Pemilik tanah Kampung Baru mungkin lebih yakin dengan pihak lain membangunkan Kampung Baru jika Umno tidak mempunyai rekod buruk sebelum ini. Tugas memberi kenyakinan kepada pemilik tanah Kampung Baru nampaknya seperti tidak berkesan, walaupun Raja Nong Chik sudah acap kali mengadakan pertemuan demi pertemuan.

Bekas Timbalan Menteri Kesihatan, Dato’ Seri Dr Suleiman Mohamad yang merupakan anak jati Kampung Baru juga dikatakan ‘enggan membantu usaha ini’ kerana beliau dikatakan tidak diberikan peranan untuk bersama kerajaan dan pihak yang mendakwa berminat untuk membangunkan Kampung Baru. Padahal, Dr Suleiman pernah membuat tesis mengenai Kampung Baru untuk Program PhDnya.

Malangnya, buah fikirannya, walaupun mungkin digunapakai, tetapi beliau seperti tidak diperlukan di dalam usaha ini.

Bercakap mengenai Kampung Baru dan pembangunannya, nama Dr Suleiman sebenarnya tidak boleh dipisahkan. Beliau mewakili kawasan Titiwangsa yang sebelumnya dikenali sebagai Parlimen Setapak hampir 20 tahun. Bolehkah dinafikan sumbangannya selama ini kepada Kampung Baru, pemilik dan penduduk di situ?

Itulah sebabnya, apabila certa Kampung Baru mahu dibangunkan, ramai yang tertawa. Mereka sinis kerana mereka tahu, ini adalah langkah mahu menggadai tanah Kampung Baru dan akhirnya pemilik, yang sebahagian besarnya waris kepada pemilik asal akan terlepas segalagalanya.

Mungkin juga cerita pembangunan Kampung Baru ini hanya gimik politik untuk Umno-BN merampas kembali kerusi Parlimen Titiwangsa yang terlepas ke tangan PAS. Mereka berfikiran, dengan mengembargemburkan cerita pembangunan ini akan menyebabkan sokongan orang-orang Melayu kepada BN akan kembali bertaut dan BN boleh menang semula di sini. Najib cukup terdesak mahu mempertahankan Putrajaya.

Itulah sebabnya, terkeluar katakata, akan mempertahankan Putrajaya hingga ke titisan darah yang terakhir. Jadi, satu kerusi Parlimen Titiwangsa cukup penting untuk memastikan dari 222 kerusi Parlimen, BN memperolehi sekurang-kurangnya 112 kerusi.

Itulah sebabnya, kerusi Melayu (Umno) di Kuala Lumpur yang tinggal tiga, iaitu Lembah Pantai, Titiwangsa dan Setiawangsa, BN mahu menang kesemuanya.

Mereka sudah tidak boleh bergantung kepada MCA yang selama ini menang di Parlimen Bandar Tun Razak sudah terlepas kepada KeADILan manakala dua kerusi yang biasa dimenangi Gerakan iaitu Segambut dan Batu juga sudah dimiliki KeADILan.

BN hanya bergantung kerusi Parlimen Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Kerusi Parlimen Bukit Bintang, Seputeh, Cheras dan Kepong sudah lama BN lupakan. Ini kerana bukan sahaja BN tidak boleh menang di situ, malahan kerusi Parlimen Wangsa Maju yang sebelum ini diwakili MCA juga terlepas ke tangan KeADILan.

Jadi, di Wilayah Persekutuan BN sudah ketandusan isu. Yang boleh dimainkan hanyalah cerita mahu membangunkan Kampung Bahru. Kononnya mahu memenangi semula hati orangorang Melayu di Kuala Lumpur yang sudah meninggalkan Umno.

Jika mereka berjaya mendapat persetujuan semua pemilik dan waris tanah di Kampung Baru, rasanya imej mereka naik semula dan pelung mereka menjadkan ia sebagai modal untuk berkempen akan lebih baik lagi. 

Itulah sebabnya, hari ini mereka mahu menenggelamkan cerita mahu mengadai tanah Kampung Baru sebaliknya mereka menimbulkan cerita mahu membangunkan Kampung Baru hinggalah Raja Nong Chik habis tempoh Senatornya dan tidak lagi menjadi Menteri.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.