Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SYABAS TERKANTOI


Artikel Harakah: Mahkamah tolak permohonan Syabas

Posted on Wednesday, November 09 @ 01:54:48 PST by Paktam
 
KUALA LUMPUR,  Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas ) terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memutuskan menolak permohonan pihak Syabas untuk memenjarakan Ahmad Lutfi Othman dan peguam Kerajaan Selangor, Fahdah Nur Ahmad Kamal di atas dakwaan menghina mahkamah.

Pada 5 Julai lalu, Hakim Tuan Mohamad Arif Md Yusuf menolak permohonan Syabas  yang mendakwa artikel Harakah yang bertajuk 'SAR bantu kempen bantah kenaikan tarif air ' adalah satu penghinaan mahkamah.

Mohamad Arif di dalam keputusannya memutuskan artikel tersebut bukan satu penghinaan kepada mahkamah meskipun ianya diterbitkan dalam keadaan kes Syabas menyaman Kerajaan Selangor masih dalam proses mahkamah.

Hakim tersebut memutuskan artikel Harakah tersebut adalah menyentuh kepentingan awam dan Ahmad Lutfi dan Fahdah dilindungi oleh Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan bersuara yang merangkumi kebebasan media.

Beliau juga mengarahkan Syabas membayar kos RM20,000 kepada Ahmad Lutfi dan RM20,000 kepada Fahdah.

Ketika menolak rayuan pihak Syabas, hakim-hakim Mahkamah Rayuan yang terdiri daripada Datuk Zainon Ali, Datuk Ramly Ali dan Datuk Zaharah Ibrahim memutuskan bahawa mereka tidak nampak wujudnya kesilapan di dalam keputusan Mahkamah Tinggi dan memutuskan enggan mengganggu keputusan tersebut.

Mahkamah Rayuan juga memutuskan supaya Syabas membayar kos RM60,000 iaitu RM30,000 kepada Ahmad Lutfi dan Fahdah.

Ahmad Lutfi diwakili oleh peguam Mohamed Hanipa Maidin  manakala Fahdah pula diwakili peguam Tommy Thomas.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.