28 Oktober, 2012
DBKL Kejam!!
KUALA LUMPUR 27 Oktober: Kira-kira 100 peniaga bersama orang ramai
berhimpun di Jalan Tun Sambanthan bagi menghalang Dewan Bandaraya Kuala
Lumpur (DBKL) merampas khemah dan jualan bazar Deepavali di
Brickfields.Dalam kejadian kira-kira 1.30 pagi tadi, 40 penguatkuasa
DBKL gagal merampas kira-kira 30 khemah yang dipasang di sepanjang kaki
lima kedai di Jalan Tun Sambanthan.Peniaga dan orang ramai yang marah
tindakan itu melaungkan ‘DBKL balik’, ‘Kami bayar cukai’ dan ’1Malaysia?
apa ini!?
Kekecohan hampir tercetus, namun kehadiran kira-kira 20 anggota Polis beruniform dan preman berjaya mengawal keadaan.Peniaga kemudiannya hanya diberi jaminan lisan oleh DBKL bahawa khemah bazar mereka tidak akan dirampas sehingga Isnin depan.Seorang peniaga yang ditemui, Nel, 40, berkata, permohonan untuk bazar Deepavali di Jalan Tun Sambanthan bagi tahun ini dibuat kepada DBKL sejak 24 Ogos lalu.
“DBKL tak beri respon. Kemudian kami terpaksa adu pada Perdana Menteri dan Menteri Wilayah (Persekutuan & Kesejahteraan Bandar) Raja Nong Chik, dan timbalannya, M Saravanan.“Malangnya semua tak layan aduan kami. Sedangkan kami dah ikut semua prosedur. Tolonglah.. Raya Deepavali tinggal dua minggu sahaja lagi,” katanya.
Peniaga turut memaklumkan, rampasan dibuat hanya berdasarkan arahan khidmat pesanan ringkas (sms), tanpa sebarang notis.Seorang pengunjung, Leonard Nathan, 42, berkata tindakan DBKL merampas khemah dan barang jualan pada awal pagi, kurang dua minggu sebelum sambutan Deepavali adalah ‘kejam’.“Ini kejam.
Bazar ini dah ada sejak tahun 2004. Kenapa tahun ini tak boleh berniaga? Mereka ini semua peniaga kecil. Jangan aniaya mereka.“Kalau kerajaan kata rakyat didahulukan, janji ditepati, adakah ini tindakan kerajaan? Kerajaan kena ingat. Pilihan raya tak lama lagi,” kata Leonard.Timbalan Pengarah Penguatkuasa DBKL, Mohd Irwan Abdullah, ketika ditemui Keadilandaily enggan mengulas lanjut.“Saya tak boleh beritahu. Tak boleh tunjuk dokumen,” kata Irwan. ~kd

0 orang berkata:
Post a Comment