28 Oktober, 2012
Umno Selangor Terdesak.. Ini Buktinya
Siri Jelajah Merdeka Rakyat hari ini diteruskan di sekitar Wilayah Persekutuan dan Selangor biarpun terdapat cubaan mengganggu program tersebut sejak malam tadi terutamanya di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur.
Ketua Umum KEADILAN, Anwar Ibrahim yang tiba dari Pulau Pinang malam tadi tiba di Pekan Sungai Besi, kira-kira 15 kilometer dari pusat bandaraya dan disambut ahli parlimennya yang juga Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim dan ahli parlimen Ampang yang juga timbalan pengerusi KEADILAN Selangor, Zuraida Kamaruddin.Menurut laman sosial Twitter KEADILAN, sebanyak 18 buah kain rentang sekitar Bandar Tun Razak dirosakkan dipercayai dilakukan samseng Umno yang diupah khas bagi mengganggu kelancaran program yang bermula dari jam 9 pagi tadi.
Dianggarkan seramai lebih seribu masyarakat setempat dari Bandar
Tasik Selatan, Cheras dan Jalan Klang Lama turut hadir bagi menyambut
ketibaan Anwar dan rombongannya dengan bas khas dua tingkat yang disewa
khas Khalid.Anwar dalam ucapannya menyifatkan sambutan di Bandar Tun
Razak sebagai sesuatipu yang positif di samping menekankan pentingnya
tidak melakukan tindak balas provokasi yang dilakukan Umno sejak berita
mengenai van skuad sayang milik wanita parti itu kononnya disabotaj
semalam.Timbalan perdana menteri, Muhyiddin Yassin yang juga pernah
melakukan lawatan ke sini pada Julai lalu pun tidak mendapat sambutan
semeriah ini menurut penduduk yang ditemui di majlis Anwar sebentar
tadi.
0 orang berkata:
Post a Comment