Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

jangan kritik membabi buta sudah la, mesti ada fakta !

Ketua Pemuda: Pas harus manfaatkan kritikan
Wartawan Sinar Harian
28 Oktober 2012
Nasrudin Hassan
Nasrudin Hassan
SHAH ALAM - Pemuda Pas menasihatkan kepimpinan parti itu harus bangga untuk menerima persekitaran semasa bahawa pihaknya sudah ada "pengkritik tetap secara sukarela" dan perlu bijak dalam menilai setiap kritikan agar ia membawa manfaat kepada mereka.

Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, kepimpinnan Pas seharusnya bangga kerana keadaan sudah berubah berbanding keadaan sebelum ini.


Katanya, pada masa lalu, parti itu tidak diberi perhatian, sebaliknya kini mendapat fokus sehingga ada yang sanggup memberi kritikan secara sukarela.


"Apa yang membanggakan saya ialah kini Pas telah mempunyai pengkritik tetap secara sukarela yang terdiri dari pelbagai pihak. Ini satu perkembangan positif.


"Tinggal lagi pimpinan Pas harus bijak dalam menilai setiap kritikan yang diterima agar ia menguntung dan membangunkan parti untuk terus mendokong cita-cita perjuangan Islam," kata beliau dalam blognya di bawah tajuk "Kritik, mengkritik dan dikritik".


Beliau tidak merujuk kepada mana-mana kes terbaru secara langsung.


Bagaimanapun ia dilihat merujuk kepada pandangan bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang baru-baru ini berkata, kepimpinan Pas tidak harus menjadi seperti pimpinan Ayatollah Iran jika diberi mandat menerajui Putrajaya kelak.


Sementara naib-naib presiden Pas 'menyambut baik' pandangan Asri, Dewan Ulama parti itu berkata, bekas Mufti Perlis tidak wajar menggambarkan kepimpinan ulama Pas dengan Ayatollah Iran.


Dalam reaksinya, Nasrudin berkata, beliau menghargai semua kerana yakin bahawa Pas akan berjaya memerintah negara kelak berbanding dulu, di mana hampir tidak ada orang luar nak bincang pasal Pas.


"Dan, memang sukar nak cari orang luar yang mahu bantu Pas berjuang menghadapi kuasa "besar" Umno dan BN yang penuh dgn korupsi. Sebahagiannya selesa dikerusi empuk dan bilik berhawa dingin dengan jawatan yang selesa pula," katanya.


Bagaimanapun beliau menekankan bahawa budaya tidak boleh ditegur tidak berlaku dalam Pas.


"Jika seorang dua dikesan begitu, maka itu kes terpencil dan dia bukan budaya dalam Pas.


"Kepimpinan Pas ialah kepimpinan yang berteraskan Islam sesuai dengan Islam sebagai asas perjuangan Pas," katanya sambil menambah bahawa "Pas dan kepimpinannya senantiasa terbuka dan berlapang dada dalam menerima pandangan dan kritikan."


"Justeru itu akhlak Islami yang salayaknya dimiliki oleh setiap pemimpin dan individu muslim.


"Kita mengalu-alukan teguran dan kritikan yang membina dari semua pihak. Kita senantiasa responsif, namun tidak semestinya seratus peratus teguran atau kritikan yang kita terima perlu dipakai.


"Sebaliknya teguran atau kritikan yang diterima itu akan dipertimbangkan dan disorot dengan penuh cermat serta mengambil kira semua aspek sebelum sesuatu keputusan diambil," katanya lagi.

 

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.