Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Monday, October 29, 2012

Polis lari bila Pencacai UMNO mulakan provokasi?


Pada 28 Oktober 2012, sekitar jam 11.35 pagi che'GuBard dengan diiringi Sdr Saufi, Penyelaras bersama SAMM NS bersama 4 teman SAMM yang lain telah tampil ke Balai Polis Seremban 2 (IPD Seremban) untuk membuat laporan polis dan menyerahkan handycam yang diselamatkan oleh SAMM semalam.

Laporan polis (serialam/009753/12) telah diterima oleh Lans Kopral Siti Noorasishah Bt Ishak, dalam laporan dua muka surat yang ditaip sendiri saya tegaskan semua kronologi kejadian yang berlaku. Laporan saya bertujuan untuk polis menyiasat dan mengambil tindakan terhadap kejadian provokasi oleh Umno yang jelas mahu mencetuskan keadaan kacau dan pergaduhan.

Kedua saya nyatakan dalam laporan saya mendesak tindakan diambil kepada anggota polis yang sengaja mendiamkan provokasi Umno berlaku termasuk pegawai polis pengendali handycam yang jelas hadir dan mendiamkan diri bila kekecohan berlaku.

Saya juga dimaklumkan mengenai kehadiran sekumpulan anggota polis dari Johor telah berada di IPD Seremban sejak awal pagi lagi.

Kemudian saya telah dibawa oleh ACP Hj Ghaffor Hj Yunus Pegawai Siasatan Jenayah IPD Seremban untuk dirakam percakapan. Sekali lagi saya ceritakan semua kronologi yang berlaku dan menjawab semua soalan yang berkaitan yang diajukan kepada saya.

Dalam kenyataan saya juga saya mohon tindakan ke atas pegawai polis bernama Inspektor Chin (jika tidak salah nama penuhnya Chin Mui Fatt) yang jelas telah bercakap melalui telefon lebih dari sekali dan saya ulang jaminan yang turut saya bagi kepada pegawai tinggi polis yang lain yang menghubungi malam itu bahawa saya akan serahkan kamera dengan satu laporan polis berkaitan kejadian.

Namun saya terus dihubungi oleh beberapa anggota DAP (penganjur) memujuk saya patah semula dan memulangkan handycam tersebut malam itu juga.

Saya pelik, setelah diselidik rupa-rupanya pegawai polis bernama Chin ini telah menahan mereka untuk memujuk saya menyerahkan handycam kepada dia pada masa itu juga. Tindakan ini jelas tidak mengikut prosedur, apakah ada SOP polis bertindak umpama Abu Sayaf menculik orang untuk mendapatkan tebusan (handycam)?

Ketika itu jam hampir 4 pagi, saya hubungi Inspektor Chin mengingatkan mengenai jaminan bersama berkenaan penyerahan handycam yang telah dipersetujui dan mempersoalkan apa kuasa dia menahan anggota DAP tersebut.

Dia terus mengatakan "Saya tak tahan, cuma panggil tanya-tanya saja.."

Dimaklumkan oleh teman-teman di Johor beberapa minit selepas jam 4 pagi kesemua anggota DAP yang ditahan di Balai Seri Alam itu akhirnya dibebaskan.

Selepas itu di hadapan ACP Ghaffor saya telah menyerahkan Handycam tersebut dalam keadaan baik dan mendapat salinan borang bongkar.

Selepas itu saya diminta oleh Polis untuk dirakam pula percakapan oleh salah seorang polis yang datang dari Johor iaitu Inspektor Mohd Shahril.

Soalan lebih tertumpu kepada siapa yang mula ambil dan serah kamera dan seumpamanya.

Rupanya ada 3 laporan polis ke atas saya kerana peristiwa di Masai malam itu dan jelas laporan tersebut ada berbeza dengan kejadian sebenar yang berlaku yang disaksikan oleh beratus hadirin.

Semua sesi 1 laporan polis dan dua rakaman kenyataan tamat dalam masa 3 jam dan pihak polis kelihatan amat profesional dan mesra dalam mengambil laporan polis dan rakaman percakapan saya.

Isunya cuba dialih pasal handycam. Handycam hanya wujud dan mungkin menjadikan perkara ini isu sedikit besar, tetapi isu sebenarnya ialah:-

1.Penganjur PR sudah dapat kebenaran polis tetapi mengapa polis diam ketika Umno buat kacau dengan pasang speaker besar mainkan rakaman ceramah dan menjerit terlolong? Kalau program Umno dan ada PR yang buat begitu bagaimana tindakan polis ?

2.Polis ada tetapi terpaksa diam dan menyorok ketika kekecohan tersebut. Ada beberapa kemungkinan pertama polis tidak berkuasa apabila berdepan Umno atau sememangnya kejadian tersebut disusun sebegitu untuk mengundang pergaduhan kerana jika bergaduh media akan main isu ini secukupnya.

3.Umno - Bn jangan bacul tampil berdebat secara matang. Ketua Pembangkang cabar PM berdebat, takut tetapi Umno hantar kaset ganggu program PR.

4.Kami tuntut asas demokrasi dalam perkara ini untuk sedikit ruang berkempen tanpa diganggu, sepertimana Umno yang berkempen 24jam setiap hari melalui media perdana tanpa diganggu. Ini amat jarang berlaku di Johor, diyakini ini berlaku dan ia akan menjadi trend kerana dengan perkembangan mutakahir ini menunjukkan Johor bukan lagi kubu Umno bn seperti dulu.

SAMM memberi masa dua minggu untuk PDRM mengambil tindakan kepada pihak yang membuat provokasi juga anggota yang mendiamkan diri melihat provokasi jahat Umno jika tidak kami akan ke bahagian tatatertib Bukit Aman mengadu hal ini dan pengaduan kepada SUHAKAM juga akan difailkan.

4 November 2012, 9 malam di lokasi berhampiran iaitu di Jalan Betik 1, Taman Kota Masai akan diadakan Ceramah Umum 'le tour de Scorpene Scandal' yang menampilkan peguam Scorpene bersama penceramah PR. Kami amat berharap agar program boleh berjalan lancar tanpa gangguan.

Saya tidak menyalahkan pihak polis 100% dalam perkara ini, dengan rasa penuh simpati dan memahami bagaimana campur tangan politik mengekang dari polis kebanyakanya bertindak berdasarkan ruang undang-undang sebenar dan inilah janji PR jika ditakdir ke Putrajaya maka institusi polis ini perlu dibebaskan.


Baca laporan lengkap Polis lari hilang bila Umno buat kekecohan, kamera video diselamatkan SAMM di ( SINI )

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.