Haron Din: Hudud keutamaan Pas, bukan PR
SHAH ALAM – Pas menegaskan tidak akan berganjak daripada prinsip serta
perjuangan asalnya iaitu mempertahankan agama Islam meski ditentang
sekutunya dalam PR.
Mursyidul Amnya, Datuk Dr Haron Din berkata, Pas sentiasa meletakkan keutamaan untuk menegakkan hukum hudud dan ia jauh lebih penting daripada kerjasama politik dalam PR.
“Seluruh ahli Pas terutamanya para pemimpin menyedari bahawa pada satu ketika akan berlaku pertembungan di antara Pas yang hendak menegakkan prinsipnya dengan rakan-rakan kongsinya yang mungkin beralah lalu menyokong atau berkeras menentang.
“Kalau Pas teragak-agak atau lebih mementingkan sekutunya yang menentang atau terlampau sayang dengan PR sehingga sanggup mengorbankan prinsipnya, maka Pas tidak akan membentangkan rang pindaan hukum hudud yang sedang berlaku di Kelantan.
“Pas telah menyatakan kesungguhannya, Pas tidak bercakap sahaja, Pas melaksanakannya, Pas lebih mengutamakan hukum ALLAH lebih daripada hukum manusia,” katanya dalam sebuah portal berita, semalam.
Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) atau hukum hudud telah diluluskan dengan sebulat suara dalam persidangan Dun Kelantan semalam.
Rang undang-undang itu dipersetujui kesemua 44 Adun Kelantan termasuk 12 dari BN serta seorang dari PKR.
Enakmen itu dibentangkan oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob yang disokong oleh timbalannya, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah pada sidang Dun Kelatan pada Rabu.
Keputusan itu sekali gus menjadikan 37 pindaan daripada 71 fasal dengan empat pindaan utama itu terpakai.
Menurut Haron, Pas tidak pernah membelakangkan DAP mahupun PKR kerana perjuangan Pas menegakkan hukum hudud telah diterangkan berulang kali sehingga seluruh dunia mengetahui mengenainya.
“Kalau perbuatan (membentangkan enakmen) itu dikatakan tikam belakang, kenapa tidak kata tikam hadapan sahaja, kita sudah beritahu dan terangkan berulang-ulang kali sampai masyarakat pun muak, Pas bukan sahaja beritahu DAP tetapi telah beritahu seluruh Malaysia dan seluruh dunia,” katanya.

2 orang berkata:
http://www.rctech.net/forum/members/19awekmelayu-200151.html
Takbir3X.....ketegasan drp mursyidul am yg baru amat2 dinantikan....semua ahli pas dan umat islam halusilah dan renunglah dgn mata makrifat bhw allah lebih utama...jgnlah kita berpolitik sehingga mendapat kemurkaan allah...kwn2 islam dlm pkr(terutama penyokong) sedarlah...kita sbg penyokong tak ada habuan apa2 dlm parti....yg kita harapkan redha allah kpd kita.
Post a Comment